Saturday, December 7, 2013

Shaklee ubat magik?

"Beli mahal-mahal, tapi takde rasa beza apapun! Baik makan vitamin yang beli kat farmasi yang jauh lebih murah tu..."
"Kata bila makan Shaklee ni boleh tambah susu... tapi saya makan tak bertambah pun susu!"
"Saya makan Herblax, Lecithin, Omega, Alfalfa semua tu, tapi tak kurus-kurus juga. Tipulah!"

Pernah dengar kenyataan seperti ini?

Bukan semua orang yang dah cuba makan vitamin Shaklee berpuas hati selepas dapat merasai kebaikan vitamin yang diambilnya. Ramai juga yang menyalahkan produk apabila tidak merasai langsung keberkesanan atau kebaikannya.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Shaklee atau apa jua produk makanan tambahan yang ada di pasaran bukanlah ubat magik yang boleh menjanjikan keberkesanannya dengan sekelip mata, andai tidak mengikuti aturan dan panduan pemakanannya. Semua pengedar Shaklee akan memberikan panduan atau jadual makan serta perkara-perkara asas yang perlu diikuti atau dipatuhi bagi memberikan hasil yang optimum kepada pelanggan-pelanggan mereka selepas pembelian produk. Tetapi kalau orang yang memakannya itu sendiri tidak mahu berdisplin mengikuti panduan yang diberikan, sudah tentu tidak akan mendapat hasil seperti yang diinginkan! Lepas tu yang tak seronoknya, dia salahkan produk pula sebab tidak memberi kesan.

Oleh itu, tak kiralah suplemen jenama apa sekalipun, kita mestilah mendapatkan konsultasi dan panduan pemakanan yang betul daripada pengedar/penjualnya, serta berdisplin mengikutinya. Jika tidak, janganlah disalahkan produk yang tidak berkesan. Seperti kata pepatah "Tidak tahu menari, lantai pula yang dikatakan tinggi rendah"!

Tetapi bagi yang berdisplin dan patuh mengikuti setiap panduan dan aturan pemakanan yang diberikan, pastinya sangat berpuas hati mengamalkan produk Shaklee ini, sehingga jatuh cinta dan menjadi pengguna setia Shaklee. Malah ada juga yang 'upgrade' menjadi pengedar, sebab melalui perkongsian yang disebarkan kepada keluarga dan rakan-rakan akan kebaikan dan keberkesanan vitamin Shaklee yang diambil, beliau telah mendapat ramai 'pelanggan' secara tidak langsung. Kerana perkongsian tersebutlah ramai orang telah berminat untuk mencuba sendiri vitamin-vitamin Shaklee. Dan dari situlah beliau dapat menjana pendapatan sampingan.

Bagi yang betul-betul dapat merasai keberkesanan vitamin-vitamin Shaklee, ianya memang ubat magik! Anda cuba dan tentukan sendiri sama ada magik ataupun tidak! ;)

No comments:

Post a Comment