Thursday, August 15, 2013

Tambah berat badan dengan Shaklee

Hari ini dah 8 Syawal. Masih lagi dalam mood beraya walaupun ada yang dah mula bekerja semula. Dalam waktu-waktu begini, biasanya orang akan cari set untuk menguruskan badan, atau sekurang-kurangnya set untuk mengawal berat badan, kan? Maklumlah, dah berpuasa sebulan, berat pastinya dah kurang sedikit. Tapi bila Hari Raya, mulalah makan macam-macam tanpa kawalan. Semua makanan yang ada depan mata nak di makan. Lebih-lebih lagi lepas ni banyak pula undangan rumah terbuka. Jadi, berat badan pastinya akan naik daripada sebelum berpuasa dulu :)

Tapi entri kali ni saya bukan nak cerita set untuk kuruskan badan ye. Pagi ni tiba-tiba ada customer yang mesej saya tanya pasal vitamin Shaklee untuk tambah berat badan. Katanya adik iparnya yang nak, sebab badan kurus sangat. Yelah, bukan semua orang nak kurus. Ada juga yang nak naikkan berat badan, kan? Jadinya, dah kebetulan ada yang bertanya, saya buatlah entri ini sebagai panduan kepada sesiapa yang ingin menambahkan berat badan secara sihat pula.

Secara asasnya, untuk tambah berat badan secara sihat, memadai kita mengambil 3 supplement ini, iaitu: Vita-Lea, B-Complex, dan Meal Shakes. Jom baca detailnya:


FAKTOR ANDA TAK BERJAYA NAIKKAN BERAT BADAN:

1) makanan yang diambil tidak sempat diproses menjadi nutrien yang boleh digunakan oleh tubuh secara 100% sepenuhnya disebabkan oleh kadar metabolisme yang cepat. Ini menyebabkan nutrien dibuang begitu sahaja dengan sia-sia.

2) pengambilan makanan yang sedikit (makan sedikit sahaja dah rasa kenyang). Perut tidak dapat menampung pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak disebabkan telah menjadi kebiasaan makan sedikit sahaja.

FUNGSI SETIAP SUPPLEMENT DI DALAM SET TAMBAH BERAT BADAN:

Meal Shakes : Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Supplement penting untuk menambah berat badan yang mana ia membantu menambah selera makan. Walau kita kurang makan namun pengambilan Meal Shakes ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga.

Vita-Lea : Membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid atau beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam Vita-Lea kita), tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.

B-Complex : Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Ni pula antara testimoni-testimoni yang telah berjaya menaikkan berat badan mereka:






Alhamdulillah masing-masing happy dengan berat badan yg mereka idamkan... Kita sama-sama berusaha dan ikhtiar dengan vitamin Shaklee sambil tu dapat jaga kesihatan... :)

* Testimoni ini adalah pengalaman customer, dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila consult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut. 

Ok, ini pula antara tips untuk menaikkan berat badan :

1. Workout.
Kenapa perlu workout? Jika seseorang hendak menguruskan badan, beliau kena sentiasa bersenam dan berjongging untuk mengurangkan lemak–lemak yang terdapat pada badan diorang bukan? Begitu juga dalam menaikkan berat badan. Workout penting dalam membentuk otot–otot yang terdapat pada badan kita. Bagi mereka yang terlampau kurus, ini sangat penting dalam membentuk otot mereka. Workout ni tidak semestinya dilakukan di gym semata–mata. Anda boleh juga lakukan semasa anda berada dirumah atau berjogging diluar.

Exercise sehari 10 minit paling kurang... Tak perlu exercise berat. Paling mudah, angkat botol air mineral yang 500ml tu. Isi air, lepas tu angkat macam angkat dumbell. Exercise lain - skipping atau apa-apa exercise untuk bina muscle. Jangan makan junk food dan ikut jadual yang diberikan selama sebulan. [*Jadual pemakanan untuk program penambahan berat badan akan saya bagi eksklusif untuk customer yang beli set ini dengan saya :)]

2. Makan makanan berprotein.
Setelah anda melakukan workout, anda perlu kerap makan makanan berprotein untuk recover otot–otot yang anda bina itu. Semasa dalam proses menaikkan berat badan, kerapkan makan makanan seperti daging, telur separuh masak dan ayam. Kalau hendak lagi cepat menaikkan berat badan, kami syorkan anda minum susu protein. Dengan Shaklee, protein yang sesuai untuk menambah berat badan ialah Meal Shakes. Elakan makan makanan berminyak dan berlemak kerana ia tidak membantu dalam menaikkan berat badan secara sihat.

Banyak makan makanan yang berlemak dan berminyak semata–mata mahu menambah berat badan itu adalah cara yang salah ye. Ianya bukan saja tak berkesan, malah boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain.

Jadi, jika anda hendak menaikkan berat badan anda secara sihat, anda hanya perlu berdisplin dalam jadual pemakanan supplement dan jadual pemakanan harian serta workout, dan semuanya perlulah istiqamah dan berterusan. In shaa Allah, anda akan berjaya menaikan berat badan secara sihat, badan juga akan berubah menjadi lebih menarik dan mantap.

Jika anda ada kekangan kewangan dan ingin mencuba, saya juga ada sediakan set bajet untuk anda. Atau anda juga boleh gunakan ID saya untuk pembelian di branch Shaklee yang berdekatan. 

Ingin mencuba produk Shaklee ini? Hubungi saya untuk info dan pesanan:

# Nurulhuda [ID: 852414]
# SMS/WhatsApp: 019-748 0965
# Emel: ummimeen@gmail.com
# Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit