Saturday, July 13, 2013

Herbal Blend Multi-Purpose Cream - krim ajaib kesukaan saya!

Herbal Blend MPC ini adalah antara produk Shaklee yang wajib saya bawa kemana-mana saja. Saya gelarkannya krim ajaib sebab ia ada pelbagai kegunaan dalam 1 botol. Dah nama pun multi-purpose cream kan :)

Krim yang dingin dan tidak berminyak ini diperbuat daripada bahan semulajadi seperti horse chestnut, bunga yarrow, daun sage dan rosemary. Ianya 100% organik, bebas steroid dan paraben dan sangat sesuai untuk kulit sensitif.

Antara kegunaan Herbal Blend:-
- Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah
- Menyelesaikan masalah kulit gatal
- Menghilangkan parut termasuk campak dan chicken pox
- Menghilangkan ruam pada bayi
- Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
- Sebagai losyen untuk kegunaan harian..

Ni pula antara kegunaan Herbal Blend ini dalam kehidupan harian saya:
- melegakan kegatalan kulit akibat ruam, terutamanya ruam lampin Hilman dan Maryam.
- melembutkan serta melembabkan kulit kering dan merekah, terutamanya pada tumit dan kaki saya serta pada kaki Hilman dan Maryam, dan kulit kasar akibat ruam panas pada leher Yasmin.
- mengelakkan benjol dan lebam akibat terhantuk - baru je bereksperimen dalam minggu ni bila Maryam jatuh dan dahi terhantuk bucu dinding. Tak sampai 5 minit terhantuk, dahinya dah benjol dan nampak hijau tanda-tanda nak jadi lebam. Saya ikhtiar sapukan Herbal Blend, alhamdulillah menjelang petang bila beritahu suami yang Maryam jatuh, dah tak ada benjol dan lebamnya. Malah suami pula yang tanya, betul ke terhantuk kat dahi tu sebab tak ada nampak kesan benjol atau lebam langsung!
- sebagai first aid bila kena air panas ataupun minyak panas semasa memasak. Bila terkena, saya akan cepat-cepat sapu Herbal Blend untuk elakkan kulit jadi melepuh.

Sekarang ni, saya tengah uji untuk hilangkan kesan parut chicken pox pada Maryam, dan hilangkan parut kudis pada kaki dan tangan Hilman pula. Mudah-mudahan parut-parut tu semua akan hilang sebelum hari raya nanti sebab tak comellah kan kalau beraya dengan parut-parut bertaburan di kaki tangan diaorang! ^_^

Jomlah cuba sebotol untuk rasai sendiri keberkesanan dan ke'best'an Herbal Blend MPC ni...

Nurulhuda [ID: 852414]
SMS/WhatsApp: 019-748 0965
Emel: ummimeen@gmail.com
Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

No comments:

Post a Comment