Saturday, December 7, 2013

Shaklee ubat magik?

"Beli mahal-mahal, tapi takde rasa beza apapun! Baik makan vitamin yang beli kat farmasi yang jauh lebih murah tu..."
"Kata bila makan Shaklee ni boleh tambah susu... tapi saya makan tak bertambah pun susu!"
"Saya makan Herblax, Lecithin, Omega, Alfalfa semua tu, tapi tak kurus-kurus juga. Tipulah!"

Pernah dengar kenyataan seperti ini?

Bukan semua orang yang dah cuba makan vitamin Shaklee berpuas hati selepas dapat merasai kebaikan vitamin yang diambilnya. Ramai juga yang menyalahkan produk apabila tidak merasai langsung keberkesanan atau kebaikannya.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Shaklee atau apa jua produk makanan tambahan yang ada di pasaran bukanlah ubat magik yang boleh menjanjikan keberkesanannya dengan sekelip mata, andai tidak mengikuti aturan dan panduan pemakanannya. Semua pengedar Shaklee akan memberikan panduan atau jadual makan serta perkara-perkara asas yang perlu diikuti atau dipatuhi bagi memberikan hasil yang optimum kepada pelanggan-pelanggan mereka selepas pembelian produk. Tetapi kalau orang yang memakannya itu sendiri tidak mahu berdisplin mengikuti panduan yang diberikan, sudah tentu tidak akan mendapat hasil seperti yang diinginkan! Lepas tu yang tak seronoknya, dia salahkan produk pula sebab tidak memberi kesan.

Oleh itu, tak kiralah suplemen jenama apa sekalipun, kita mestilah mendapatkan konsultasi dan panduan pemakanan yang betul daripada pengedar/penjualnya, serta berdisplin mengikutinya. Jika tidak, janganlah disalahkan produk yang tidak berkesan. Seperti kata pepatah "Tidak tahu menari, lantai pula yang dikatakan tinggi rendah"!

Tetapi bagi yang berdisplin dan patuh mengikuti setiap panduan dan aturan pemakanan yang diberikan, pastinya sangat berpuas hati mengamalkan produk Shaklee ini, sehingga jatuh cinta dan menjadi pengguna setia Shaklee. Malah ada juga yang 'upgrade' menjadi pengedar, sebab melalui perkongsian yang disebarkan kepada keluarga dan rakan-rakan akan kebaikan dan keberkesanan vitamin Shaklee yang diambil, beliau telah mendapat ramai 'pelanggan' secara tidak langsung. Kerana perkongsian tersebutlah ramai orang telah berminat untuk mencuba sendiri vitamin-vitamin Shaklee. Dan dari situlah beliau dapat menjana pendapatan sampingan.

Bagi yang betul-betul dapat merasai keberkesanan vitamin-vitamin Shaklee, ianya memang ubat magik! Anda cuba dan tentukan sendiri sama ada magik ataupun tidak! ;)

Berpantang dengan set bersalin Shaklee

 
Ibu-ibu hamil kini punyai banyak pilihan untuk menggunakan set bersalin yang dijual dipasaran. Tapi apa kata anda cuba berpantang dengan supplement semulajadi daripada Shaklee ini?

Set ini boleh dimakan seawal hari pertama melahirkan. Ibu-ibu tak perlu risau akan kesan negatif kerana ianya selamat untuk ibu dan baby walaupun baby mengalami jaundis, malah ianya juga dapat membantu ibu dalam penyusuan.

Vitamin-vitamin yang terkandung di dalam set bersalin Shaklee ini ialah Vitalea, Vitamin C, B Complex dan Zinc Complex.

Apa kepentingan mengambil vitamin-vitamin ini?

1. Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)
- Sangat penting diambil oleh ibu berpantang kerana Vitalea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakkan makanan perlu dielakkan semasa berpantang. Zat besi pula sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah bagi menggantikan darah yang hilang semasa proses kelahiran. Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.

2. Vitamin C
- Sangat penting untuk penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji Vita-C Sustained Release Shaklee menyamai tujuh biji setengah buah oren. Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting bagi kecantikan kulit.

3. B Complex dengan Asid Folik
- B Complex bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan dikalangan ibu berpantang. Ia juga berupaya meningkatkan pembentukan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga. Justeru, ibu-ibu akan merasa lebih bertenaga dan kurang letih. Vitamin ini juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikan, sesuai dengan namanya B for Beauty.

4. Zinc Complex
- Sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink adalah ikan haruan. Agak sukar untuk kita memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal. Justeru, pengambilan zinc setiap hari adalah pilihan yang tepat bagi ibu berpantang. Zinc juga membantu mengatasi masalah 'kedinginan' selepas bersalin, dan pengambilan zinc oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum.

Ibu-ibu yang menyusukan juga digalakkan untuk mengambil ESP dan Ostematrix, dimana:


4. ESP
- Membentuk dan membaiki sel dalam tubuh. Ia penting untuk ibu dan anak malah komposisi uama dalam susu ibu adalah protein. ESP adalah protein lengkap yang diperlukan oleh badan manusia. Ianya protein daripada kacang soya yang tidak diubah genetiknya.
 

5. Ostematrix
- Ia adalah kalsium, magnesium dan vitamin D yang sangat penting unttk pembinaan darah, sistem saraf dan keperluan utama pembentukan tulang dan gigi, serta membantu melawaskan (membantu mengelakkan sembelit).
  Ingin mencuba produk Shaklee ini? Hubungi saya untuk info dan pesanan:

# Nurulhuda [SID: 852414]
# SMS/WhatsApp: 019-748 0965
# Emel: ummimeen@gmail.com
# Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit