Thursday, November 20, 2014

Catatan harian 20.11.2014

Bismillah...

Lamanya saya tak update blog ni. Hilang dah skil nak menulis blog. Bila baca balik blog lama, rasa macam hebatnya saya boleh menulis macam-macam walaupun tak rajin sangat nak update blog. Hahahaha... Masuk bakul angkat sendiri pulak! Klah, ni nak kena asah balik skil menulis ni. Nanti kalau anak minta ajar buatkan ayat karangan, takdelah kalut sangat nak memikir ayat nak menulis!

Untuk permulaan momentum nak tulis semula post dalam blog ni, saya mulakan dengan catatan harian saya pada harini lah.

Sekarang ni saya berada kat Jabatan Perumahan Negara untuk sesi latihan sistem. Sebenarnya sistem ni dah lebih setahun pihak JPN gunakan, tapi disebabkan ramai pegawai lama telah bertukar keluar, jadi sesi latihan ni dibuat semula untuk mengajar pegawai-pegawai yang baru cara untuk menggunakan sistem ini. Saya cuma pegawai teknikal je, jadi kehadiran saya kat sesi latihan ni taklah besar mana. Saya cuma bantu trainer dan pegawai-pegawai JPN kalau ada soalan berkaitan teknikal.

Ni pun sempat update blog sementara nak tunggu semua pegawai JPN masuk semula dalam bilik latihan. Sementara sesi belum mula semula, boleh lah saya curi masa. Kalau dah mula semula, mana boleh kan nak curi masa nak buat kerja lain. Kena fokus pada kerja... Mesti amanah dan jujur pada diri sendiri dan masa bekerja kalau nak jaga keberkatan gaji yang diperolehi, ye tak?

Mudah-mudahan sesi latihan hari ni berjalan lancar sampai ke penghujungnya. Ameeen...

Post lepas ni saya akan tulis pasal produk Shaklee pula! 😃

Sunday, September 14, 2014

Rangkaian nutrisi terbaik untuk anak kita

Sebagai ibu dan ayah, kita pasti mahukan anak-anak kita mempunyai tahap intelektual yang tinggi, berpotensi, bijak, kreatif, rajin belajar dan seronok membaca. Memang tak dinafikan yang cemerlang dalam pembelajaran memberikan peluang yang cerah untuk masa depan anak kita, tetapi itu sahaja tidak mencukupi tanpa nutrisi yang baik yang juga penting dalam perkembangan tahap intelektual anak-anak.
 
Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, berikut adalah beberapa nutrien penting yang membantu dalam perkembangan otak yang sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
 
Multivitamin
Multivitamin memberikan asas nutrient yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin seperti B Complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sistem saraf yang baik.
 
Vitamin C
Vitamin C membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan dan demam selsema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin C juga perlu untuk mengekalkan integriti antara sel dan menyokong kesihatan mata, gusi, gigi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.
 
Omega-3
Sebahagian besar daripada otak terbina daripada lemak 'baik' yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega-3. Kajian menunjukkan yang diet yang kaya dalam Omega-3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak. Omega-3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif, dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.
 
Lecithin
Lecithin soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neurotransmitter asetilkolina yang terlibat dalam proses penghantaran mesej ke otak dalam sistem saraf. Akademi Sains Kebangsaan telah mengiktiraf yang kolina merupakan sumber penting dalam diet seharian kerana pelbagai khasiat yang dimiliki terutamanya untuk kesihatan otak.
 
Protein Baik
Protein baik membantu untuk menyuburkan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmitter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina di dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel-sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbesaran yang sihat.

Shaklee turut menyediakan rangkaian nutrisi yang terbaik yang diperlukan oleh anak-anak kita sebagai sokongan pemakanan yang diperlukan untuk mereka membesar, berkembang dan mengekalkan kesihatan jangka panjang apabila mereka dewasa kelak.

 
Chewable Vita-C Plus 100mg
Ia merupakan antioksida yang menyokong kesihatan system imun dan pertahanan tubuh secara semulajadi. Shaklee Chewable Vita-C Plus didatangkan dengan rasa citrus/limau dan vitamin C nya mudah diserap dengan hanya mengunyah atau menghisapnya. Kajian menunjukkan bahawa vitamin C lebih mudah diserap sekiranya ianya dikunyah sehingga lumat berbanding terus ditelan.

OmegaGuard
Ia menyediakan potensi spektrum asid lemak omega 3 bergred farmaseutikal yang sangat tulen.

Lecithin
Ia kaya dengan lecithin yang mengandungi kolina bagi menyokokng kesihatan tubuh.

Meal Shakes
Ia merupakan sumber protein yang hebat dan menyediakan 19 jenis vitamin dan mineral perlu - iaitu nutrient asas yang membantu dalam tumbesaran kanak-kanak dan remaja untuk kekal sihat dan kuat.

Tawaran menarik bulan September ini ~ pembelian 3 Meal Shakes mendapat 1 lagi Meal Shakes PERCUMA!!! Dan 10% daripada pembelian promosi 3+1 Meal Shakes tersebut juga akan didermakan kepada 2000 keluarga yang mempunyai anak-anak yang kurang bernasib baik selama setahun!

 
Berminat untuk dapatkan produk-produk ini untuk anak-anak anda? Hubungi saya melalui emel/nombor telefon di bawah ini untuk mendapatkan konsultasi penuh percuma apabila membuat belian melalui saya.

Nurulhuda Ismail
ID Shaklee: 852414
sms/whatsapp/telegram: 019-7480965
Email: ummimeen@gmail.com
 
COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!
 
** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.


Wednesday, June 11, 2014

Vitamin E untuk mengecutkan bisul, jerawat dan bengkak gusi

Vita-E Complex ialah antara vitamin favourite saya sejak saya kenal dan menjadi pengguna tegar produk Shaklee. Dah banyak kebaikan yang saya dapat dengan pengambilan vitamin e ni. Antaranya:

1. Mengecutkan bisul - dulu Yasmin kerap kena bisul di badannya. Jadi bila saya sapukan vitamin e pada bisul tu, ianya cepat mengecut. Tapi treatment untuk mengecutkan bisul ni bukan cuma guna vitamin e semata-mata sahaja ye. Ada juga vitamin lain yang saya gunakan. Nanti saya akan buat satu entri khas macam mana saya merawat bisul menggunakan produk Shaklee.

2. Mengecutkan jerawat - bila ada je jerawat yang mula naik di muka, saya sapukan sedikit vitamin e di tempat yang berjerawat tu. Tapi sejak keguguran haritu, hormon badan jadi kucar kacir sikit dan ditambah lagi dengan stress dengan masalah sistem di pejabat, membuatkan diri saya tak berapa terurus. Jadi bila naik jerawat pun saya takdelah kisah sangat nak sapu vitamin e. Tu yang muka ni tak berapa nak comel dah sebab jerawat dah mula meriah! Hehehe...lepas ni kena konsisten balik makan dan sapu vitamin e sebab ada sebulan lebih jek lagi nak raya! ;)

3. Mengecutkan bengkak gusi - pernah dua kali saya terkena bengkak gusi. Memang sakit yang amat! Nak makan susah, gosok gigi sakit, berdenyut-denyut je rasa kat mulut bahagian gusi yang bengkak tu. Emosi pun jadi tak stabil, mesti rasa nak naik angin kalau ada benda yang tak kena. Orang yang kena bengkak gusi je yang tau macam mana sakitnya. Tapi saya ni jenis yang degil sikit, bila sakit tak nak terus pergi klinik. Jadi, saya cuma makan vitamin e untuk mengecutkan bengkak gusi. Alhamdulillah, esoknya atau paling lama pun selang 2 hari lepas tu gusi dah kembali normal.

Kenapa vitamin e ni sangat 'mujarab' sampaikan dapat mengecutkan bisul, jerawat dan bengkak gusi? Jawapannya ialah: sebab vitamin e adalah salah satu vitamin antioksida yang dapat membantu mengecutkan pertumbuhan sel abnormal di dalam badan kita. Sebab tu ibu-ibu hamil tidak dibenarkan untuk memakan vitamin e kerana ianya dikhuatiri akan memberikan kesan ke atas janin di dalam kandungan. Pastikan konsultasi dan nasihat telah diperolehi daripada pakar perubatan terlebih dahulu sebelum mengambil vitamin e ni ye! Maklumkan kepada pakar perubatan tentang keadaan kesihatan diri anda sebelum mengambil sebarang jenis vitamin bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini kelak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Berminat untuk jana pendapatan melalui biz Shaklee, ataupun untuk dapatkan vitamin Shaklee? Hubungi saya segera!

Nurulhuda Ismail
ID Shaklee: 852414
sms/whatsapp: 019-7480965
Email: ummimeen@gmail.com

COD sekitar Putrajaya; Pengeposan ke seluruh Malaysia!

** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan.