Tuesday, March 18, 2014

Herbal Blend Multi-Purpose Cream kini kembali!

Yeay! Ada berita gumbira ni uolls... Krim Herbal Blend Multi-Purpose Cream kini kembali tau setelah lama tiada dipasaran! Jadi siapa yang nak dapatkan krim ni, jangan segan-segan, cepat-cepat hubungi saya untuk dapatkan stok anda sebelum ianya kehabisan sekali lagi k... ;)

Krim yang dingin dan tidak berminyak ini diperbuat daripada bahan semulajadi seperti horse chestnut, bunga yarrow, daun sage dan rosemary. Ianya 100% organik, bebas steroid dan paraben dan sangat sesuai untuk kulit sensitif.

Antara kegunaan Herbal Blend:-
- Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah
- Menyelesaikan masalah kulit gatal
- Menghilangkan parut termasuk campak dan chicken pox
- Menghilangkan ruam pada bayi
- Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
- Sebagai losyen untuk kegunaan harian.
Baca lanjut di sini mengapa krim Herbal Blend MPC ni antara produk Shaklee yang menjadi kesukaan saya.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin mencuba produk Shaklee? Hubungi saya untuk info dan pesanan:

♥ Nurulhuda [SID: 852414]
♥ SMS/WhatsApp: 019-748 0965
♥ Emel: ummimeen@gmail.com
♥ Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe
♥ Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, COD di Putrajaya/Cyberjaya dan sekitarnya

Berpantang dengan Shaklee


Alhamdulillah... sudah 3 kali saya berpantang dengan set berpantang Shaklee, juga dalam tiga keadaan berpantang yang berbeza. Memang ianya sangat serasi dengan saya. Pertama sekali pengalaman berpantang dengan set Shaklee semasa saya melahirkan anak kedua secara pembedahan. Walaupun sakit dibahagian pembedahan masih terasa sehingga minggu kedua selepas pembedahan, dan ada mengalami sedikit jangkitan kuman dibahagian luar tempat yang dibedah selepas bulan kedua pembedahan, saya dapat rasakan yang saya tetap bertenaga untuk menguruskan anak pertama dan bayi sepanjang tempoh berpantang. Jangkitan kuman pun cepat pulih sebab saya masih teruskan pengambilan vitamin-vitamin Shaklee walaupun selepas habis berpantang.

Pengalaman kedua pula semasa melahirkan anak ketiga secara normal. Ya.... muka tetap nampak berseri dan badan cergas seperti bukan baru lepas melahirkan. Pengalaman tidur di dalam labour room selepas bersalin kerana wad penuh dan seterusnya duduk di NICU selama 5 hari bersama baby sebab baby terkena pneumonia dan memerlukan rawatan antibiotik selama 5 hari, saya masih tetap cergas dan bertenaga, malah susu pun melimpah ruah sampai mengalami bengkak susu semasa di NICU. Nurse di NICU pun ada yang menegur, saya nampak sihat tak macam orang yang baru bersalin, dan susu pun banyak.. apa rahsianya? Hehehehe... rahsianya, tentulah Shaklee!

Pengalaman ketiga pula semasa keguguran anak keempat baru-baru ini. Walaupun berpantang tanpa baby, tetapi berpantang sendiri dengan 3 orang anak yang berumur antara 1 tahun 8 bulan hingga 8 tahun tetap mencabar dan sangat menguji kesabaran hati dan ketabahan diri. Tapi alhamdulillah, saya masih mampu menguruskan diri, rumah dan keluarga walaupun berpantang sendiri. Tapi tentulah juga dengan bantuan suami tercinta. Tanpa beliau, dah pasti saya tak mampu nak uruskan semuanya sendiri. Mana nak siapkan anak-anak pagi-pagi, hantar anak ke sekolah dan ke taska, terkejar-kejar pada waktu tengahari untuk ambil anak sulung di sekolah kemudian hantarnya ke kelas kafa pula, petang pula ambil ketiga-tiga anak daripada kelas kafa dan taska. Fuhhh... bayangkan kalau dalam masa berpantang, saya masih uruskan anak-anak macamtu! Sesungguhnya suami saya adalah tongkat untuk saya berdiri dan tulang belakang saya untuk saya berdiri tegak. Tanpa beliau, mau terlentang saya nak uruskan semuanya seorang diri. Saya akui saya bukannya superwoman atau supermak untuk uruskan semuanya sendirian walaupun saya ada supplement yang hebat sebagai makanan tambahan harian!


*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin mencuba produk Shaklee, atau inginkan keterangan lanjut berhubung keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah? Hubungi saya:


♥ Nurulhuda [SID: 852414]

♥ SMS/WhatsApp: 019-748 0965
♥ Emel: ummimeen@gmail.com
♥ Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe
♥ Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, COD di Putrajaya/Cyberjaya dan sekitarnya