Monday, April 18, 2011

Set E – Ostematrix (Kalsium Magnesium)

Set ini khas bagi mereka yang kurang mengambil kalsium dalam diet harian. (Juga kepada mereka yang menyusukan anak).

Seperti yang diketahui, kalsium adalah penting dalam pembentukan tulang, sel darah, dan juga membantu dalam pengeluaran susu. Ia juga penting untuk mengelakkan penyakit tulang rapuh (osteoperosis) yang biasa melanda golongan wanita berusia.

Dapatkan set menyusu dengan kalsium ini yang mengandungi:

  • Vita-Lea
  • B-Complex
  • Alfalfa
  • Ostematrix

Dapatkan set breastfeeding Shaklee plus Ostematrix dengan menghubungi saya di ummimeen[at]gmail.com, atau SMS/WhatsApp/Telegram ke 019-7480965 untuk membuat pesanan.

Friday, April 8, 2011

Fungsi Pemakanan Tambahan Shaklee Untuk Anda

Berikut adalah fungsi pemakanan Shaklee:

Vitalea (Multivitamin)
  1. Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian.
  2. Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan.
  3. Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan.
  4. Penting bagi prosess pertumbuhan.
  5. Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
  6. Melengkapkan nutrient yang kurang.
  7. Membantu penyerapan zat dari makanan.
Vita-C Sustained Release
  1. Membantu dalam meningkatkan imuniti badan.
  2. Membantu dalam penyerapan zat besi.
  3. Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka.
  4. Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan.
  5. Menjaga ketahanan badan dari selsema.
  6. Menstabilkan bahan kimia dalam badan.
B Complex
  1. Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga.
  2. Mencegah kelesuan dan kemurungan.
  3. Membantu kelancaran urat saraf.
  4. Mengelakkan stress.
  5. Mengelakkan sembelit.
Alfalfa
  1. Makanan yang mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang secukupnya unutk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
  2. Mengandungi 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan amat kaya protein.
  3. Mengatasi sakit sendi.
  4. Membanyakkan susu badan.
Vitamin E
  1. Melambatkan proses penuaan.
  2. Membantu jantung untuk mengepam dengan lebih efisyen.
  3. Membantu dalam penyerapan oksigen.
  4. Mencegah kanser.
  5. Mencegah kemusnahan vitamin A dan C.
  6. Sebagai antioksidan.
Ostematrix (Calcium Magnesium)
  1. Untuk tulang dan gigi yang kuat.
  2. Mencegah kekejangan otot (cramp).
  3. Membantu dalam pembekuan darah.
  4. Menstabilka denyutan jantung.
  5. Mengurangkan migrain.
  6. Membaiki stimulasi urat saraf.
Iron Plus C
  1. Pembinaan sel darah untuk pengaliran oksigen dalam badan.
  2. Mengelakkan anemia.
  3. Membantu dalam sistem kekebalan.
Zinc
  1. Menyembuhkan luka.
  2. Terlibat dalam penghasilan insulin.
  3. Mengekalkan rangsangan bau dan rasa.
  4. Mengawal kelemumur.
Lecithin
  1. Mengandungi asid lemak penting yang diperlukan tubuh.
  2. Menolong mengeluarkan lemak dari sel – bagus untuk menurunkan berat badan.
  3. Bagus untuk rambut.
  4. Menegangkan dan melembutkan kulit.
Crotomax (Beta Carotene)
  1. Untuk kesihatan mata.
  2. Membina semula sel yang rosak.
  3. Menguatkan imuniti badan.
  4. Membina sel darah putih.
Fiber
  1. Membantu mengurangkan sembelit.
  2. Untuk kesihatan usus.
  3. Menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam usus.
  4. Mengurangkan kadar gula dalam darah.
  5. Membuang toksin dalam badan.
E.P.A
  1. Mengurangkan kolesterol.
  2. Membina sel otak.
  3. Mengurangkan sakit sendi.
  4. Mengurangkan risiko sakit jantung.
GLA Plus
  1. Membantu dalam mengurangkan PMS (pre-menstrual syndrome) dan ekzema.
  2. Membantu mengawal kencing manis.
  3. Membantu mengawal berat badan.
Energizing Soy Protein
  1. Terdiri daripada 9 komponen asid amino untuk memudahkan penyerapan oleh badan.
  2. Membina sel² tubuh.
  3. Membantu kesihatan kuku dan rambut.
  4. Membina ketahanan badan.
  5. Menambah susu badan.
MealShake
  1. Pemakanan lengkap yang mengandungi 12 vitamin, 9 mineral dan protein
  2. Bagus untuk mereka yang mengalami kesukaran menelan pil.
  3. Boleh dijadikan quick meal yang berkhasiat.
Performance Drink
  1. Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
  2. Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
  3. Membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
  4. Mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
credit

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery beserta freegift. Anda boleh hubungi saya di nhuda79[at]yahoo.com atau SMS ke 019-7480965.

Sunday, April 3, 2011

Set A – Basic

Set A (set optimum) terdiri dari vitamin dan mineral asas yang diperlukan dalam kehidupan seharian kita. Vitamin dan mineral ini terdiri daripada:
  • Vita Lea (multivitamin dan multimineral)
  • B-Complex
  • Vita-C
Vitamin dan mineral yang tersenarai di atas adalah asas kepada pembinaan tubuh badan yang sihat dan sistem imuniti serta penjagaan mental yang baik. ia membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan stress, memberi satu kehidupan yang lebih sihat kepada semua.

Siapa yang boleh mengambil set ini?
  • Orang dewasa yang mementingkan kesihatan, yang sibuk dan tiada masa untuk memerhatikan pemakanan seimbang, yang selalu stress, moody dan keletihan (kanak2 tidak boleh mengambil set ini)
  • Lelaki
  • Wanita
  • Pelajar
  • Warga emas
Set ini adalah ASAS atau BASIC, dipermudahkan untuk harga PALING EKONOMI. Anda boleh menambahbaikan dengan mengambil Energising Soy Protein, Vita-E, Alfalfa, Omega Guard dan sebagainya untuk lebih baik lagi.

Dapatkan set basic Shaklee dengan menghubungi saya di ummimeen[at]gmail.com, atau SMS/WhatsApp/Telegram ke 019-7480965 untuk membuat pesanan.

Petua Cepat Dapat Anak

Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih² lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman² semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:
  • Tiub fallopian tersumbat
  • Endometriosis
  • Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
  • Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
  • Masalah hormon
  • Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
  • Menopous sebelum waktunya
  • Masalah tiroid
  • Fibroid
Penyebab biologi di kalangan lelaki:
  • Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
  • Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
  • Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
  • Menghidap hernia
  • Gangguan hormon
  • Salur sperma tersumbat
  • Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb
Penyebab² dari faktor luaran (lelaki dan wanita):
  • Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
  • Stress dan tekanan
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Kekurangan zat
  • Amalan merokok atau meminum alkohol
  • Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
  • Terdedah kepada pencemaran
  • Terlalu kurus atau terlalu gemuk
Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki.

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.

Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.

Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan

Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua ke?

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan:

Untuk Suami : Set A (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc

Untuk Isteri : Set A (vitalea+b complex+vita C) atau Set B (vitalea+b complex+vita C+alfalfa) bersama vita-E


Boleh cuba trial pack untuk suami, total RM130
Trial pack untuk isteri, total RM115 (untuk set A) atau RM125 (untuk set B)

credit

Hubungi saya di nhuda79[at]yahoo.com atau SMS ke 019-7480965 untuk maklumat lanjut atau untuk membuat pesanan.

Saturday, April 2, 2011

Khasiat Vitamin E Dalam Kehidupan Suami Isteri

*AMARAN = untuk bacaan mereka yang sudah berkahwin sahaja

Kita sering mendengar tentang ‘ubat kuat untuk lelaki’, dan yang paling selalu disebut ialah Viagra. Viagra dikatakan membantu seorang lelaki mencapai tahap seksual yang memuaskan.

Namun tahukah anda hakikatnya segala yang memberi kebaikan, termasuk dalam perhubungan suami isteri, adalah terkandung dalam zat makanan sehari-hari. Pastinya bukanlah ubat-ubat perangsang yang memberi kesan sampingan kepada kesihatan.

Perkara paling asas dalam menyelesaikan masalah berkaitan biologi ialah dengan mengurangkan kebergantungan kepada bahan yang memberi kesan kepada tubuh. Sebaiknya berusaha dengan bahan-bahan natural, dan seeloknya bahan makanan. Dalam menyelesaikan masalah kelelakian suami, sebenarnya rahsianya terkandung dalam Vitamin E. Malah vitamin E merupakan salah satu bahan (selain bahan² dari sumber bahan perangsang) dalam Viagra.

Bantuan Vitamin E terhadap masalah kelelakian:
  • Lebih tenaga (seksual)
  • Ereksi yang lebih lama
  • Lebih mudah terangsang
  • Libido yang lebih kuat
  • Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat
Vitamin E juga membantu seorang isteri menstabilkan hormonnya sekaligus meningkatkan citarasa seksual.

Mungkin vitamin E boleh diberi jolokan ‘vitamin malam Jumaat’ *hehehe*

Selain itu, Vitamin E merupakan antioksidan yang hebat dan membantu mengelakkan masalah berkaitan kanser prostat, kanser payudara, kanser serviks dan ovari.

Jadikan hubungan anda dengan pasangan lebih meriah tanpa perlu mengambil bahan-bahan terlarang, mahupun diragui. Dapatkan sebotol vitamin E dan amalkannya, mengkut kajian, hasilnya akan dirasai dalam masa satu minggu.



credit

Nak order Vita-E complex? Hanya RM129 termasuk pos. Anda juga boleh melengkapkan keperluan dengan alfalfa (bagus untuk kewanitaan) - tambah RM43, Vitalea (Multivitamin) – tambah RM71 dan B complex (anti stress dan beri tenaga) – RM43.

Hubungi saya di nhuda79[at]yahoo.com atau SMS ke 019-7480965 untuk membuat pesanan.

Set G untuk Resdung, Eczema, Alergi, Asma, Gegata

Bagi mereka yang mengalami masalah 5 serangkai (biasanya ibu bapa mempunyai salah satu simptom di atas, anak-anak juga berisiko untuk mendapat salah satu dari 5 serangkai).

Sesiapa lagi yang sesuai? Mereka yang punyai masalah resdung, eczema, gegata, asma dan allergic. Sesuai juga buat ibu yang menyusukan anak kerana Alfalfa boleh bertindak sebagai milk booster.

Set G ini mengandungi:

1. Vitamin C
2. B complex
3. Alfalfa

Dapatkan set G Shaklee dengan menghubungi saya di ummimeen[at]gmail.com, atau SMS/WhatsApp/Telegram ke 019-7480965 untuk membuat pesanan.

Khasiat Set B (Set Breastfeeding aka Penyusuan Susu Ibu) Shaklee

Lumrah bagi ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, pasti akan mencari jalan untuk menambah susu. Malah ibu-ibu sanggup mengambil pil-pil hormon (walaupun tidak betul² memerlukan) demi memperbanyakkan susu badan.

Set breastfeeding Shaklee dipakej khas bagi memudahkan ibu-ibu menyusukan... supaya tak adalah tercari-cari “Apa supplement terbaik untuk ibu yang menyusukan bayi?” atau “Apa pil penambah susu terbaik?”. Jadi, kita cuma sebut set breastfeeding, satu set dah tersedia.


Set ini mengandungi:

Vitalea = multivitamin dan multimineral bagi membekalkan keperluan vitamin dan mineral keperluan harian tubuh.

Vita-C = penting untuk kesegahan sel, mempertingkatkan imuniti tubuh, mencantikkan kulit dan antioksidan.

B Complex = mengurangkan stress, mengimbangi hormon, membakar makanan menjadi tenaga, asid folik penting dalam penyusuan ibu.

Alfalfa = digunakan zaman berzaman sebagai penambah susu di negara Barat. Di samping itu, kegunaan alfalfa sangatlah banyak.

Ibu-ibu yang pernah mengambil set breastfeeding ini mendapati badan mereka tambah bertenaga, susu badan kelihatan lebih pekat malah ada yang mendapati susu badan mereka bertambah banyak. Namun, 3 PERKARA PENTING ini perlu diamalkan:

1. Minum 3 liter air sehari
2. Pam susu 3 jam sekali
3. Doa, tawakal

Namun harus ingat, set ini bukan ubat magik, apa lagi berasaskan perangsang dan terus nampak perubahannya... natural supplement bertindak begitu lembut dan lunak dengan tubuh kita. Jadi, bersabarlah dan konsisten amalkan 3 perkara di atas.

Set ini juga sesuai bagi semua wanita, walaupun tidak menyusukan, dan juga untuk lelaki. Jangan gelak kalau ada lelaki order set breastfeeding Shaklee!

Ingin mencuba produk Shaklee? Hubungi saya untuk info dan pesanan:

♥ Nurulhuda [SID: 852414]
♥ SMS/WhatsApp: 019-748 0965
♥ Emel: ummimeen@gmail.com
♥ Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Set untuk ibu menyusu

Ramai ibu yang menyusukan anak sangat puas hati dengan keberkesanan set ini. Antara sebab utama kenapa produk ini sangat popular dikalangan ibu menyusu adalah:

1. Memperbanyakkan susu badan.
Kandungan protein & kalsium dalam Alfalfa sangat tinggi. Ini membantu penghasilan susu badan. Saya sangat gembira setiap kali mendengar kisah ceria ibu yang berjaya menyusukan anak mereka selepas menggunakan Set B ini.

2. Memperkayakan kualiti susu ibu.
Vita Lea membekalkan keperluan nutrisi harian kepada badan, menjadikan ibu ‘fit’ dan kuat. Vita-C pula menjaga kesegahan sel dan memperbaiki tisu, menjadikan sel-sel badan ibu mantap dalam menghasilkan susu yang tinggi nutrisi

3. Meningkatkan produktiviti.
Asid folik yang terkandung dalam vitamin B-complex mampu mengurangkan/mengelakkan kemurungan & menstabilkan hormon. Bila perasaan gembira, hormon oxytocin akan merembes dan membanyakkan susu.

Set B ini mengandungi:
Vita Lea
B- Complex
Vita-C
Alfalfa

Yang menariknya, ia bukan saja sesuai bagi ibu menyusu tapi juga bagi para ibu yang mahu menjaga kesihatan kerana set ini berguna untuk pembersihan usus dan sel darah.

Ingin mencuba produk Shaklee ini? Hubungi saya untuk info dan pesanan:

♥ Nurulhuda [SID: 852414]
♥ SMS/WhatsApp: 019-748 0965
♥ Emel: ummimeen@gmail.com
♥ Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Supplement Untuk Wajah Berseri

Semua inginkan kecantikan, terutama pada wajah dan penampilan. Wajah yang segar, ceria, bukan saja menyenangkan empunya diri tapi juga orang sekelilingnya.

Oleh itu kami menyediakan set wajah berseri Shaklee bagi mendapatkan wajah yang segar, ceria, licin dan kurang masalah. Set D ini terdiri daripada:
  • B Complex
  • Vita-C
  • Vita-E
Vita-C dan Vita-E adalah gabungan antioksidan yang powerful, bermanfaat untuk menghapuskan radikal bebas dalam tubuh. Vitamin E menjadikan seseorang nampak muda kerana ia menghalang perkembangan sel penuaan.

Gabungan vitamin-vitamin di atas berguna untuk mencegah jerawat dan melupuskan parut jerawat baru. Menjadikan wajah lebih berseri dari dalam.

Ingin mencuba produk Shaklee ini? Hubungi saya untuk info dan pesanan:

♥ Nurulhuda [SID: 852414]
♥ SMS/WhatsApp: 019-748 0965
♥ Emel: ummimeen@gmail.com
♥ Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Tips Menjadi Ibu/Bapa Yang Aktif dan Sihat

Biasa kita mengeluh bila dah jadi ibu atau bapa, kita dah kehilangan masa-masa senggang untuk berehat. Terutama bagi ibu, yang tiada pembantu (samada bekerja atau tidak), kebanyakan masa dihabiskan untuk anak-anak. Ramai ibu yang mengeluh sering kepenatan, badan lesu, stress dan sebagainya.

Namun, seorang ibu yang sibuk masih boleh menjadi aktif, sihat dan cergas. Bagaimanakah caranya?

1. Mempunyai pegangan, target dan cita-cita

Menjadi ibu bapa bukanlah satu ‘ultimate destination’ yang tak perlu mengharapkan apa-apa kecuali kebahagiaan dan kejayaan anak-anak. Seorang ibu/bapa perlu menjadi hebat dengan mempunyai cita-cita sendiri. Tak perlu bercita² terlalu tinggi misalnya menggenggam phD atau menjadi general manager... bercita² menjadi seorang ibu yang mahir memasak pelbagai jenis masakan itu adalah satu benda yang cukup bagus. Asalkan kita ada sesuatu yang hendak dicapai dan berusaha untuk mencapainya.

2. Bersahabat

Ramai orang, apabila sudah berkahwin dan beranak-pinak, mula kehilangan sahabat. Walaupun sahabat terbaik adalah pasangan masing-masing, namun sahabat di luar lingkup keluarga kita adalah penting. Ia bukan sahaja mengeratkan silaturrahim sesama manusia, malah memberi perspektif berbeza dalam kehidupan. Misalnya kita merasakan hidup sangat sibuk dengan 2 orang anak kecil, tapi sahabat kita ada 5 orang anak kecil! Bukankah bagus untuk kita meminta tips dari beliau? Sahabat yang baik adalah mereka yang boleh berkongsi rasa tanpa membocorkan kepada pihak lain.

3. Menjaga pemakanan

Walau sesibuk manapun, ibu/bapa perlu menjaga pemakanan, agar apa yang diambil adalah seimbang dan menepati keperluan tubuh.

4. Mengamalkan aktiviti sihat

Aktiviti sihat bukan sahaja bersukan, bersenam... sekecil-kecil perkata seperti selalu senyum, tegur-menegur sesama jiran, menjaga percakapan.. adalah antara aktiviti yang sihat. Walaupun penat, elakkan mengeluh sebaliknya bersyukurlah kerana berpenat-lelah di rumah sendiri, bukannya di rumah orang lain, ataupun dalam tahanan orang.

5. Berehat

Ada masa-masa senggang, berehatlah bersama anak-anak. Gunakan masa rehat itu dengan penuh kualiti. Tidak perlu menghabiskan 1-2 jam di depan TV. 10 minit nap bersama anak-anak sudah cukup untuk menghilangkan lelah.

6. Mencari jati diri

Jangan tenggelam dalam gelaran ‘ibu’ maka segala-galanya dibayangi keluarga dan anak-anak. Sentiasa berusaha untuk menjadi seorang individu yang lebih baik dan lebih bermanfaat, bukan sahaja kepada keluarga malah kepada masyarakat.

7. Nikmati kehidupan

Sudah tiada masa untuk shopping? Tiada masa untuk chatting? Tiada masa untuk blogging? Nikmatinya! Nikmati kehidupan yang indah bersama keluarga. Jadikan pengalaman menjaga anak satu pengalaman yang paling tidak berharga, walaupun kehilangan ‘me’ time.

8. Mengambil supplemen

Ibu bapa yang sibuk sering dalam keadaan tertekan. Ambillah supplemen yang sesuai terutama B Complex bagi membantu mengurangkan tekanan, samada di pejabat atau di rumah. Usah jadikan diri anda dipengaruhi oleh tekanan perasaan yang anda hadapi, kerana anda mungkin cenderung melepaskan kepada anak-anak. Cari penyelesaian dengan cara yang paling natural, sebelum anda memerlukan ubat anti tekanan yang banyak kesan sampingan. Sedarilah bahawa tubuh yang lesu bukanlah semata-mata kerana anda banyak kerja. Boleh baca lanjut di sini ==> Mengatasi Badan Lemah dan Lesu.

9. Supplemen jiwa

Amalan kerohanian membersihkan jiwa dari sifat² mazmumah dan sifat² negatif yang bukan saja memberi kesan kepada minda, malah juga fizikal. Banyakkan mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa dalam mencari penyelesaian dan jawapan terhadap persoalan², terutama yang melibatkan keluarga dan anak-anak. Usah ego dengan diri sendiri, kerana sebagus mana pun kita, kita masih tetap hamba kepada-Nya.

Pokoknya seorang ibu atau bapa perlu sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan aktif, bagi memastikan keharmonian sekeluarga. Maklum saja anak² moden semakin cepat perkembangannya, jangan biarkan anak ketinggalan hanya sebab ibunya yang selalu penat dan lesu di rumah.

Ingin mencuba produk Shaklee? Hubungi saya untuk info dan pesanan:

♥ Nurulhuda [SID: 852414]
♥ SMS/WhatsApp: 019-748 0965
♥ Emel: ummimeen@gmail.com
♥ Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Rahsia Tun Mahathir Kekal Sihat di Usia Emas – Vitamin!

Siapa yang tidak kenal dengan bekas perdana menteri Malaysia ke-4, Tun Mahathir Mohamad. Kini beliau meniti usia emas, 86 tahun namun masih cergas dan cerdas. Menghampiri usia 90 tahun, Tun Mahathir masih mampu memberi pandangan yang bernas terhadap sesuatu isu. Apakah rahsia beliau?

1. Tidak menghisap rokok

Kita pun dah sedia maklum bahawa merokok membahayakan kesihatan. Malah pada kotak rokok pun ada tulisan seumpamanya. Jauhilah rokok demi sebuah kesihatan.

2. Tidak minum arak

Sebagai umat Islam, arak adalah minuman yang diharamkan. Banyak kerosakan yang boleh berlaku hanya sebab meminum arak. Ingat kisah seorang ulama yang ditawarkan 3 benda: arak, zina atau membunuh. Beliau memilih arak atas sebab dosa paling ringan (dosa tetap dosa tak kira ringan ke berat ke). Akhirnya selepas minum arak, beliau mabuk, melakukan zina dan membunuh perempuan tersebut.

3. Makan secara sederhana

Sunnah Nabi menyuruh kita makan apabila lapar, berhenti sebelum kenyang (tapi biasanya kita makan sebelum makan, berhenti bila dah tak muat nak sumbat :p). Sederhana dalam pemakanan menjaga perut dan badan. Yang penting, sumbernya mestilah halal.

4. Mengambil vitamin

Sebagai seorang yang sibuk dan hidup ke sana-ke mari, pengambilan vitamin membantu kita mengawal stress, memberi tenaga, menguatkan minda dan kesihatan badan secara amnya. Vitamin bukanlah ubat yang patut diambil bila perlu sahaja. Ia adalah tambahan kepada nutrient harian dalam makanan kita dan sebagai antioksidan.

Mengambil vitamin semasa sudah sakit kadangkala tidak seperti cuba menampal lubang pada paip yang bocor tanpa menutup punca air tersebut. Pengambilan vitamin yang konsisten umpama menjaga paip tersebut dari sebarang kemungkinan untuk bocor.

5. Tidur yang cukup

Tubuh kita umpama sebuah mesin yang tak henti² membuat kerja. Adalah penting untuk memberi ‘mesin ini’ waktu untuk berehat dan membaikpulih komponennya.

Katan Tun Mahathir, amalan² di atas sedikit sebanyak boleh mengurangkan risiko penyakit kronik, namun penyakit ini kurniaan Tuhan. Tapi kita berusaha untuk menjaga kesihatan kita.

Sementelah, bagi kita terutama ibu bapa, haruslah sentiasa sihat, bijak dan cerdas. Kita bukan saja nak membesarkan anak, tapi juga mendidik mereka agar menjadi individu yang bijak, cergas, sihat, cerdas. Lebih² lagi kalau nak jadi bijak macam Tun Mahathir, beliau dah kongsikan tipsnya. Jadi, atas pilihan kita bukan?

Ingin mencuba produk Shaklee? Hubungi saya untuk info dan pesanan:

♥ Nurulhuda [SID: 852414]
♥  SMS/WhatsApp: 019-748 0965
♥ Emel: ummimeen@gmail.com
♥ Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit