Tuesday, March 29, 2011

Mengatasi Badan Lemah dan Lesu

Badan lemah, letih dan lesu adalah perkara yang normal terutama apabila kita menjalani hari yang panjang dengan kerja yang banyak. Kelesuan yang biasa boleh diatasi dengan meminum air suam dan berehat, misalnya tidur. Namun, bagaimana untuk menghadapi badan lemah dan lesu yang masih tidak hilang-hilang meskipun sudah tidur dan berehat?

Sebelum itu kita lihat dulu apakah penyebab badan lemah dan lesu:
  • Pemakanan yang tidak sihat
  • Tekanan dan stress
  • Kegemukan
  • Pekerjaan yang memenatkan
  • Insomnia
  • Darah rendah/anemia
  • Perokok tegar
  • Mengambil kafein secara berlebihan
  • Pengambilan makanan segera dan makanan rapu yang berlebihan
  • Tidak melakukan senaman
  • Pengambilan ubat-ubatan
  • Kekurangan air
  • Kehamilan

Sekiranya penyebab kelesuan ialah bukan sebab-sebab kesihatan atau pengambilan ubat-ubatan, faktor penyebab ialah kemungkinan besar kekurangan nutrisi. Maklum sajalah, tidak semua antara kita yang makan untuk sihat, kebanyakan kita makan untuk sedap atau sekadar makan untuk hidup.

Vitamin Untuk Badan Lemah dan Lesu

Vitamin A
Melindungi tubuh dari serangan virus dan bakteria yang menyebabkan jangkitan minor yang mungkin mengakibatkan kelesuan. Vitamin A menjaga membran dan mengawalnya dari diserang oleh patogen² yang boleh menyebabkan badan kita jadi lemah dan lesu.

Vitamin A juga berguna untuk imuniti.

Vitamin B Complex
Vitamin B complex adalah vitamin yang paling utama dalam mengatasi kelesuan dan tekanan. Vitamin B Complex yang lengkap mengandungi 11 jenis vitamin B yang memberi sokongan kepada badan, dari segi kesihatan fizikal dan juga mental. Vitamin B complex mempunyai elemen yang meningkatkan metabolisma, tenaga dan kesihatan otak.

Vitamin C
Menguatkan imuniti tubuh dan menghalang jangkitan. Ia menghindarkan tubuh daripada kelesuan yang diakibatkan oleh tindakan virus dan bakteria terhadap sel tubuh.

Vitamin D
Vitamin D berkaitan dengan mood dan tahap tenaga. Kerana itu bagi penduduk di negara sejuk, mereka cenderung menghidapi sindrom SAD (seasonal affective disorder) ketika musim sejuk kerana kurang mendapat cahaya mtahari (sumber semulajadi vitamin D).

Vitamin E
Selain antioksidan yang hebat, vitamin E juga penting untuk mengatasi kesan psikologi semasa haid, menopause, termasuk kesan kelesuan dan lemah badan.

Apakah vitamin Shaklee yang anda boleh ambil untuk mengatasi badan lemah dan lesu?


kredit

Ingin mencuba produk Shaklee? Hubungi saya untuk info dan pesanan:

♥ Nurulhuda [SID: 852414]
♥ SMS/WhatsApp: 019-748 0965
♥ Emel: ummimeen@gmail.com
♥ Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Monday, March 28, 2011

Penyakit dan Vitamin A-K

Di bawah adalah senarai penyakit yang biasa kita dengar dan vitamin & mineral yang dicadangkan. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan mendapatkan konsultasi dari pakar (doktor) terlebih dahulu sekiranya menghadapi masalah serius.

Alergi
  • Vita-C
  • B Complex
  • Alfalfa
    • ketiga² vitamin di atas termasuk dalam Set Allergy (Set G)
  • Garlic Complex

Alzheimer
  • Vita-E Complex
  • B Complex
  • Omega Guard
  • Garlic

Anemia
  • B Complex
  • Vita-Lea
  • Vita-C
    • ketiga² vitamin di atas termasuk dalam Set Optimum (Set A)

Arthristis
  • Vita-Lea
  • Ostematrix
  • Vita-C
  • Alfalfa
  • Peppermint-Ginger

Batu hempedu
  • Peppermint-Ginger
  • Lecithin
  • Vita-C
  • Vita-E

Bronkitis dan pneumonia
  • Carotomax
  • Vita-C
  • Vita-E
    • ACE = Carotomax + Vita-C + Vita-E
  • Zinc
  • Garlic

Buasir
  • Vita-C
  • Vita-E
  • Ostematrix

Carpal tunnel
  • Vita-Lea
  • B complex
  • Vita-C
  • Set A

Cirit-birit
  • B Complex
  • Garlic
  • Performance Drink

Darah tinggi
  • Set A
  • Garlic
  • Vita-E

Diabetes
  • Set A
  • Garlic
  • Vita-C

Ekzema
  • B Complex
  • Vita-C
  • Alfalfa
  • GLA Complex
  • Zinc

Fibrocystic breast
  • ACE
  • GLA Complex
  • B Complex

Gout
  • Set A
  • Zinc

Insomnia
  • Ostematrix
  • B Complex

Jangkitan telinga
  • Vita C
  • Zinc
  • Garlic

Jerawat
  • B Complex
  • Vita-C
  • Vita-E
    • ketiga² vitamin di atas terkandung dalam set D
  • Zinc Complex
  • GLA Complex

Kanser
  • Vivix
  • ACE
  • Garlic
  • Ostematrix
  • B complex

Katarak
  • ACE
  • B Complex
  • Zinc

Kelemumur
  • B Complex
  • Zinc

Kencing kotor
  • Vita-C
  • Zinc
  • Garlic
  • Alfalfa

Kesuburan
  • Vita-C
  • Vita-E
  • Zinc
  • GLA Complex

*Senarai di atas sekadar cadangan sahaja, sila dapatkan nasihat dari pakar atas penyakit serius yang anda hidapi. Pastikan sebarang rawatan yang anda jalani mendapat kebenaran dan pengesahan doktor.


Ingin mencuba produk Shaklee? Hubungi saya untuk info dan pesanan:

♥ Nurulhuda [SID: 852414]
♥ SMS/WhatsApp: 019-748 0965
♥ Emel: ummimeen@gmail.com
♥ Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Status Halal Shaklee


Kebelakangan ini timbul semula isu halal-haramnya produk Shaklee.

Di bawah ini adalah sijil halal Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA) untuk produk² Shaklee.


ISA adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh tengok di website My Halal (KLIK SINI).

Produk yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. (Tidak semua produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia)

Saya amat memuji tindakan beberapa pengguna termasuk distributor Shaklee sendiri yang mengambil langkah dengan memastikan produk yang diambil benar-benar halal. Maklumlah di zaman sekarang ni terlalu banyak perkara yang bercampur-baur antara halal dan haram. Bukan saja dari segi pemakanan malah dari sudut lain seperti pergaulan, kebebasan, pencarian rezeki dan sebagainya. Yang pasti, ia bermula dari punca rezeki dan apa yang kita masukkan ke mulut.

Daging yang tumbuh dari sumber yang tidak halal (sama ada makan makanan yang tidak halal tanpa keadaan darurat atau punca pencarian yang tidak halal) adalah bahan bakar api neraka. Mungkin tak perlu tunggu api neraka kerana di atas dunia kita sudah merasai bahana dari benda² yang tidak halal, misalnya doa tidak dimakbulkan, kehidupan yang resah gelisah, hati yang keras dan sebagainya.

Namun adakalanya perkara sebegini menjadi bahan sabotaj tanpa kita sedar. Maklum saja, orang kita biasa dengan JAKIM sedangkan ada banyak lagi badan pengeluar sijil halal, yang mengeluarkan status halal termasuk untuk produk² tempatan. Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kalau nak kira untuk marketing dalam negara, yang ada sijil halal JAKIMlah yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIM

Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereke mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. Mengikut pembacaan saya, status halal di Kanada & USA adalah yang paling sukar untuk dapat pelepasan. Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari ISA, sepatutnya tiada isu, bukan? (^_^)

Memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main, kerana pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik bila² masa sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Sebagai penutup, produk² dalam pasaran Malaysia terdapat dalam senarai dalam sijil di atas. Sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu².

Kepada pengguna Shaklee, dan kepada yang mahu mencuba dan menikmati kebaikan Shaklee, gunakannya tanpa was-was. Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat!

Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan menghubungi contact di www.shaklee.com.my.

Ingin mencuba produk Shaklee? Hubungi saya untuk info dan pesanan:

♥ Nurulhuda [SID: 852414]
♥ SMS/WhatsApp: 019-748 0965
♥ Emel: ummimeen@gmail.com
♥ Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sunday, March 27, 2011

Set C – Set Bersalin/Berpantang

Anda tak perlu pening-pening memikirkan set bersalin yang sesuai dan ekonomi, dan menilai antara jamu itu jamu ini. Dapatkan set bersalin/dalam pantang Shaklee, dengan harga yang cukup murah dan cukup bagus untuk memastikan anda sentiasa bertenaga dalam menguruskan orang baru.

Set ini lengkap untuk sepanjang tempoh berpantang, mengandungi:

1. Vita Lea
2. B-Complex
3. Vita-C
4. Zinc

Kini anda tak perlu risau lagi kerana set ini amat sesuai sekiranya anda menyusukan bayi. Ia tidak mengandungi sebarang bahan aktif yang berbahaya ataupun herba yang tidak sesuai untuk bayi yang menyusu.

Dapatkan set bersalin/berpantang Shaklee dengan menghubungi saya di ummimeen[at]gmail.com, atau SMS/WhatsApp/Telegram ke 019-7480965 untuk membuat pesanan.

Set F – Feminin

Untuk wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan dalaman dan luaran. (Bukankah sihat itu cantik?) - Set ini mengandungi vitamin E yang terkenal sebagai antioksidan dan baik untuk mencegah kanser. Ia juga adalah agen anti-aging (awet muda). Alfalfa pula membantu pembersihan dalaman bagi yang belum berumahtangga mahupun yang sudah berkahwin. Juga membantu masalah kedinginan suami isteri.

Sesuai untuk wanita di semua peringkat umur.

Set ini mengandungi:

1. Vitamin E
2. Alfalfa

Dapatkan set feminin Shaklee dengan menghubungi saya di ummimeen[at]gmail.com, atau SMS/WhatsApp/Telegram ke 019-7480965 untuk membuat pesanan.

Pengambilan Vitamin Untuk Kesihatan Seisi Keluarga

Mungkin ada sesetengah dari anda yang sukar untuk menelan pil² Shaklee yang bersaiz agak besar walaupun merasakan produk Shaklee ini adalah bagus. Sesungguhnya rangkaian produk Shaklee menyediakan prasarana untuk setiap lapisan umur dan situasi.

Kalau tak boleh nak telan pil, ada alternatif lain.

Disini saya kongsikan antara cadangan pengambilan vitamin mengikut kesesuaian.

Bayi 0-2 tahun : Pemberian susu ibu adalah vital. Untuk membekalkan nutrient yang secukupnya, tidak memerlukan sebarang supplement, cukuplah si ibu yang mengambil set Breastfeeding dengan tambahan seperti Ostematrix, Omega dan Soy Protein. Insya-Allah air susu yang lebih bernutrisi untuk bayi anda.

2-4 tahun : Meal Shake, Omega.

4-12 tahun : Chewable Vita-C 100mg, Chewable Vita Lea, Meal Shake, Omega

12 tahun ke atas (pelajar) : Set A, Omega

Wanita dewasa : Set F, Set A, Set E

Ibu hamil : Set A, Soy Protein, Ostematrix, Omega

Ibu dalam pantang : Set D, Vita-E, Soy protein, Omega

Ibu menyusukan : Set B, Soy Protein, OStematrix, Omega

Lelaki dewasa : Set A, Vita-E

Mereka yang mengalami masalah menelan pil : Meal shake, Vivix, Nutriferon

Untuk imuniti : Nutriferon

Untuk antioksidan : Vivix

*senarai di atas cuma cadangan, untuk produk/vitamin yang lebih sesuai boleh consult terlebih dahulu, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Shaklee sebenarnya produk untuk seisi keluarga. Ia lebih menjimatkan berbanding produk2 lain kerana:-

1) Hanya mengandungi vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh, bukan bahan2 penggalak lain seperti steroid dan sebagainya.
2) Sesuai diambil oleh seisi keluarga dan tiada bahan2 hanya khas untuk wanita/lelaki sahaja. Shaklee sesuai untuk semua, yang di atas itu cuma cadangan saja, ye la takkan nak makan semua sekali kan.
3) Mengandungi wide-range produk pemakanan untuk seisi keluarga.

credit

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Anda boleh hubungi saya di nhuda79[at]yahoo.com atau SMS ke 019-7480965.

Supplement dan Vitamin Semasa Hamil

Tatkala disahkan hamil, seorang bakal ibu pastinya akan merujuk dan mencari sumber terbaik bagi memberikan bayi yang bakal dilahirkannya.

Salah satu perkara yang menjadi lumrah di kala hamil ialah pengambilan supplement. Namun, terdapat bakal2 ibu yang masih ragu2 dengan pengambilan supplement, meskipun yang diberi oleh klinik/hospital yang dikunjungi tatkala lawatan ante-natal. Ini adalah kerana beberapa tohmahan tentang supplement dan vitamin, misalnya:

“Vitamin semasa mengandung membuatkan anak besar”

“Vitamin semasa mengandung menggemukkan”


Apakah sebenarnya tujuan pengambilan supplement dan vitamin semasa hamil?


Vitamin A
  • Mengelakkan rabun malam
  • Membina sel otak
  • Mengelakkan kelesuan
*Umum mengetahui bahawa Vitamin A boleh menjadi toksik jika diambil berlebihan. Oleh itu vitamin A diambil dalam bentuk multivitamin, dan jika perlu hanya ambil dalam bentuk pro-vitamin A.

Produk Shaklee untuk vitamin A : Vitalea
Produk Shaklee untuk pro-vitamin A : Carotomax


Vitamin B Complex
B Complex sepatutnya mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B termasuklah asid folik. Namun biasanya kita selalu dengar tentang asid folik sahaja. Apakah kepentingan vitamin-vitamin B yang lain?

Vitamin B1 (thiamine)
  • membina jaringan fungsi saraf, otot dan otak
  • menukarkan glukosa dan protein dalam makanan kepada tenaga
  • mengelakkan diabetes
Vitamin B2 (riboflavin)
  • menjaga kekuatan myelin iaitu saraf yang menyambungkan maklumat
  • menguatkan fungsi otak
Vitamin B3 (niasin)
  • memberi tenaga, mengelakkan kelesuan
  • mengurangkan perasaan stress dan tertekan
  • memberi ketenangan
Vitamin B5 (pathotenic acid)
  • mengelakkan kekejangan otot
Vitamin B6 (pyriodoxine)
  • membantu mengelakkan komplikasi semasa hamil seperti kelahiran pramatang dan pre-eklampsia
  • memberi tenaga
  • menghilangkan rasa lesu
Vitamin B9 (folic acid)
  • penting dalam sintesis DNA dan pembahagian sel di awal kehamilan
  • mengurangkan risiko spina bifida pada bayi
  • menjaga fungsi saraf
  • mengelakkan kurang darah
Vitamin B12 (cyanocobalamin)
  • mencegah anemia
  • menjaga kesihatan kulit
  • mencegah kelesuan
Produk Shaklee yang mengandungi vitamin B : B Complex


Vitamin C
  • Membantu menyerap zat besiMembantu dalam sintesis protein
  • Mencegah komplikasi semasa hamil seperti kelahiran yang kurang berat badan, anemia, dll
  • Mencegah selesema
Produk Shaklee untuk vitamin C : Vita-C 500mg Sustained Released


Vitamin D
  • penting dalam penyerapan kalsium
  • mengelakkan penyakit reput tulang kepada ibu dan anak yang dikandung
  • mengelakkan kekejangan otot
Produk Shaklee dengan vitamin D : Ostematrix – Calcium, Magnesium & Vitamin D


Vitamin E
  • Menjaga saraf dan otot
  • Mengelakkan keguguran
  • Sebagai antioksidan
Produk Shaklee untuk vitamin E : Vita-E Complex


Vitamin K
  • penting untuk pembekuan darah
  • mengurangkan risiso pendarahan
Produk Shaklee untuk vitamin K : Vitalea

credit


Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Anda boleh hubungi saya di nhuda79[at]yahoo.com atau SMS ke 019-7480965.

Saturday, March 26, 2011

Vitamin Pemberi Tenaga Bagi Ibu Menyusu

Badan yang letih dan lesu, biasanya kita selalu dengar keluhan ini dari ibu² yang bekerja. Apa lagi yang sedang menyusukan anak. Kadangkala letih dan lesu menyebabkan ibu menyusu sering berasa nak tidur, mengantuk, dan sebagainya.

Apakah penyebab rasa letih dan lesu?

1. Stress

Stress boleh menyebabkan badan berasa letih dan lesu. Apabila stress, kita akan jadi malas nak berfikir, asyik fikirkan benda yang menekan jiwa hingga menjadikan badan letih, lesu, lemah dan sebagainya. Terdapat beberapa kajian yang menyatakan stress boleh membawa kepada penyakit2 fizikal juga.

2. Kekurangan zat

Kurang zat, terutama vitamin B Complex menyebabkan badan berasa letih dan lesu. Vitamin B12 dalam B complex bertugas membawa oksigen ke serata sel tubuh badan kita. Apabila sel badan kita kurang oksigen, maka kita akan mudah berada penat, letih dan lesu. Kekurangan vitamin B complex juga memberi kesan kepada metabolisma tubuh, kawalan stress, sistem saraf dan sebagainya.

3. Kurang Darah (anemia)

Kurang darah atau anemia disebabkan oleh kekurangan zat besi boleh memberi kesan kelesuan pada badan. Zat besi penting dalam pembinaan sel darah merah. Seseorang yang menghidap anemia lebih mudah penat dan cepat rasa nak marah,

4. Badan yang tidak sihat

Sedang selesama, demam, batuk dan sebagainya memberi kesan kepada tenaga badan. Seorang yang tidak sihat lebih cenderung untuk berehat dan tidur kerana badannya mudah penat.

5. Makan yang tidak teratur

Waktu makan yang tidak teratur memberi kesan kepada imunisasi yang mengurangkan tenaga dalam badan. Jadi, makanlah dengan teratur, terutama ibu-ibu yang menyusukan anak.

6. Masalah-masalah organ dalaman

Seseorang yang bermasalah dengan buah pinggang, jantung, dan sebagainya cenderung untuk berasa letih dan lesu daripada orang yang sihat.

Bagi seorang yang normal, biasanya penyebab keletihan dan kelesuan adalah yang nombor 1,2,3 dan 5.

Oleh kerana itu, set B (breastfeeding) disusun sebegitu rupa dengan 3 VITAMIN YANG DIPERLUKAN OLEH TUBUH, dan kami tidak menyarankan alfalfa semata-mata, kerana seorang ibu menyusu TIDAK HANYA PERLU MEMBANYAKKAN SUSU tapi perlu menjaga tubuh badannya sendiri daripada perkara-perkara seperti keletihan, stress, tidak sihat dan sebagainya.

Di dalam set B (breastfeeding), vitamin-vitamin yang melengkapkan keperluan ini adalah Vita-Lea (multivitamin), B-complex, vitamin C dan alfalfa (sebagai penggalak susu). Seseorang itu boleh mengambil alfalfa sahaja, tetapi untuk memberikan khasiat optimum kepada tubuh ibu, satu set B adalah lengkap bagi keperluan ibu (vitamin) dan anak (susu).

Ibu yang tertekan mungkin tidak dapat menyusukan anaknya dengan baik. Ibu yang keletihan mungkin tidak dapat melakukan banyak kerja di rumah atau di pejabat. Apabila seorang ibu dalam keadaan gembira, bertenaga, riang... anak pun dapat merasai auranya. Apalagi anak yang disusukan dengan susunya sendiri.

Ramai ibu yang mendapati perubahan pada tubuh badan mereka, e.g. kurang keguguran rambut, lebih ceria, kulit lebih cantik, kurang penat, lebih tenang, jarang selesema, etc. selepas pengambilan set B (breastfeeding). Ia adalah satu situasi win-win yang mana ibu dapat, anak pun dapat.

Jom sihat untuk anak! Hubungi saya untuk info dan pesanan:

♥ Nurulhuda [SID: 852414]
♥ SMS/WhatsApp: 019-748 0965
♥ Emel: ummimeen@gmail.com
♥ Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Alfalfa Bukan Sekadar Tambah Susu Ibu

“Awak beri saya alfalfa? Awak nak suruh saya menyusukan anak kita ke?” kata Kamil sambil tergelak apabila isterinya menghulurkan 2 biji pil alfalfa kepadanya.

Alfalfa sudah dikenali sejak berzaman sebagai galactagogue, di negara² Barat. Menurut kellymom.com, daun alfalfa yang diambil bersama Lactuca Virosa (sejenis kubis liar) dapat meningkatkan pengeluaran susu ibu antara 50-100%.

Walau bagaimanapun, alfalfa bukan sekadar makanan penambah susu. Ia ada 1001 kebaikan yang pastinya dapat dinikmati oleh semua golongan, termasuklah golongan bapa, wanita muda, lelaki dan warga emas.

Alfalfa cambah (alfalfa sprout) boleh didapati di pasaraya² dan kadangkala dicampur dalam salad. Batangnya halus dan daunnya kecil. Boleh dimasak dan dicampur dalam sayur.

Bahagian alfalfa yang digunakan untuk pil alfalfa Shaklee ialah bahagian daun.

Khasiat daun alfalfa, selain membanyakkan susu ibu:
  1. Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan harian tubuh manusia.
  2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
  3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
  4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’ (alfalfa Shaklee mengandungi minyak Peppermint).
  5. Memberi kelegaan semasa haid.
  6. Merawat arthitis.
  7. Bagus untuk elergi dan ekzema.
  8. Merawat asma.
  9. Mencuci usus bagi membuang toksik.
  10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkita dalam buah pinggang.
  11. Meneutralkan asid dalam badan.
  12. Merawat masalah keputihan pada wanita.
  13. Membesar dan menegangkan payudara.
  14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri.
  15. Memulihkan urat selepas bersalin.
  16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan.
  17. Meningkatkan stamina seorang suami.
  18. Melegakan sembelit (tapi kalau kurang minum air boleh jadi sembelit tau!).
  19. Dan banyak lagi untuk disenaraikan…
Jadi ibu-ibu menyusu yang mengambil set Breastfeeding Shaklee, bolehlah berkongsi set itu dengan suami anda. Tengok point nombor 17 di atas! ^_^

Menarik kan alfalfa ni? Sekiranya anda mengalami masalah-masalah di atas (walaupun tak menyusukan anak), anda boleh ambil set B (set yang mengandungi vitalea, b complex, vita c dan alfalfa).

Ingin mencuba produk Shaklee? Hubungi saya untuk info dan pesanan:

♥ Nurulhuda [SID: 852414]
♥ SMS/WhatsApp: 019-748 0965
♥ Emel: ummimeen@gmail.com
♥ Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

AMARAN : Alfalfa TIDAK BOLEH diambil oleh pesakit SLE dan mereka yang mengalami sebarang penyakit berkaitan sistem imuniti.

Susu Berkualiti vs. Penyusuan Berkualiti

Susu ibu manusia kepada anak manusia adalah susu yang paling tinggi kualiti di dunia (sepertimana susu dugong untuk anak dugong, susu kucing untuk anak kucing, susu harimau untuk anak harimau). Ajaibnya susu ibu, walaupun si ibu mengalami kekurangan zat makanan, susu yang dihasilkan tetap yang terbaik dan tidak dapat dibandingkan dengan mana-mana susu yang ada di dunia ini.

Walau sebagus manapun susu formula yang dicanangkan di media, susu ibu mempunyai komposisi yang lengkap, lebih dari apa yang ada dalam susu formula. Malah, susu ibu adalah ‘personalized’, ia mengikut keperluan bayi kepada ibu tersebut.

Susu berkualiti vs. penyusuan berkualiti?

Susu ibu = TINGGI KUALITI. Meskipun ibu menghidap AIDS, di negara² dunia ketiga, ibu-ibu yang dijangkiti virus HIV tetap digalakkan menyusukan anak, kerana pemberian susu lain lebih berbahaya kepada bayi mereka.

Kualiti susu ibu memang tak boleh disangkal oleh sesiapa. Tapi bagaimana dengan penyusuan berkualiti?

Penyusuan berkualiti menentukan keberkesanan dalam satu² proses penyusuan ibu dari kala bayi dilahirkan hinggalah putus susu. Penyusuan berkualiti adalah tatacara penyusuan yang mengikut lunas² penyusuan ibu yang sebenarnya. Apakah konsep penyusuan susu ibu? Antaranya ==>
  • Supply berkadar langsung dengan demand. Semakin banyak bayi menyusu/ibu mengepam, semakin banyak susu ibu dihasilkan
  • Kerap mengosongkan payudara, memberi stimulasi kepada kilang susu untuk memproses lebih banyak susu
  • Memberi bayi menghisap di payudara seawal 30 minit kelahiran (ramai ibu terlepas momen ini kerana menganggap mereka tiada susu – tanggapan yang salah. hisapan bayi itulah yang menggalakkan pengeluaran susu)
  • Makanan penggalak susu, pengurutan, segala macam jenis tips membanyakkan susu tidak bermakna sekiranya ibu mengabaikan hal² menyusukan bayi/pam dengan kerap
  • Susu ibu yang diperah bukanlah ukuran jumlah susu yang dihasilkan

Penyusuan berkualiti juga adalah satu aktiviti sihat, yang menjaga kesihatan & kebajikan semua pihak – bayi, ibu, bapa & seluruh keluarga serta masyarakat. Seorang ibu menyusu:
  • Hendaklah sentiasa dalam keadaan sihat
  • Sentiasa dalam keadaan tenang, tidak stress, relax
  • Tidak mengeruhkan hubungan dengan sesiapa hanya kerana dia menyusu badan
  • Tetap aktif dan cerdas
  • Tidak mengalami sebarang masalah kerana penyusuan
  • Mempunyai hubungan yang baik dengan semua orang
  • Menikmati kehidupan berumahtangga yang lebih baik dengan kehadiran cahaya mata
  • Lebih tabah menghadapi cabaran
  • Tetap cantik!

Namun, ramai ibu menyusu yang mengadu letih, lesu, serabai, stress, dan sebagainya. Kenapa ini biasa berlaku? Dari pemerhatian saya:
  • Ibu tidak menjaga pemakanan. Makan ikut sempat dan ikut sedap saja.
  • Ibu tidak menjaga waktu rehat. Jaga bayi memang susah nak rehat, tapi waktu² free tak digunakan dengan baik.
  • Ibu kerap merungut dan mengeluh kerana penat menjaga bayi.
  • Ibu hanya suka makan makanan untuk memperbanyakkan susu daripada makanan seimbang.
  • Ibu hanya fokus kepada anak dan penyusuan, hingga melupakan kebajikan diri sendiri.

Ada yang berpendapat “Biarlah ibu susah, biarlah badan ibu sakit, biarlah rambut ibu gugur, biarlah gigi ibu goyang, asalkan anak mendapat yang terbaik”. Adakah itu satu tindakan yang bagus? Saya rasa tidak:
  • Ibu masih mempunyai suami, seorang isteri hendaklah sentiasa kelihatan cantik dan sihat untuk melayan suami.
  • Ibu bakal mempunyai ramai lagi anak untuk disusukan. Kalau dah full swing untuk anak yang ini, adik-adiknya nanti entah macamana la rupa ibunya.
  • Ibu perlu menguruskan rumahtangga. Kalau ibu dah exhausted, siapa nak uruskan hal² lain?

Kerana itulah kami menyarankan ibu² menyusu mengambil set breastfeeding Shaklee sebagai penyokong kepada penyusuan berkualiti. Sebab itu tak macam pil² penambah susu/milk booster/membantu penyusuan yang lain, set breastfeeding Shaklee mengandungi 3 VITAMIN & MINERAL ASAS dan 1 MILK BOOSTER. Tak lain tak bukan ialah untuk memberikan ibu khasiat sepenuhnya, agar ibu:
  • Bebas dari stress
  • Sentiasa bertenaga
  • Sentiasa sihat wal'afiat
  • Tidak mengalami masalah keguguran rambut, gigi tanggal, kulit kusam, muka pucat, dan sebagainya
  • Sentiasa aktif, cergas dan cerdas
  • Lebih berkeyakinan untuk terus menyusukan anak
  • Menikmati kehidupan yang lebih baik dan rehat yang berkualiti
  • Senang tidur
  • Lebih mudah menyelesaikan masalah

Bukankah dunia penyusuan lebih indah bila semua pihak mendapat manfaat darinya? ;)

Ingin mencuba produk Shaklee? Hubungi saya untuk info dan pesanan:

♥ Nurulhuda [SID: 852414]
♥ SMS/WhatsApp: 019-748 0965
♥ Emel: ummimeen@gmail.com
♥ Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

* Golongan bapa adalah digalakkan untuk menghadiahkan set ini kepada isteri tersayang, bukan sahaja bagi membantunya menjalani proses menyusukan anak, malah untuk kesejahteraan sekeluarga (^_^)

Makanan Tambahan Untuk Ibu Menyusukan Anak

Tubuh ibu menyusu dan bayi yang disusui memerlukan penjagaan terbaik semasa proses penyusuan. Sepatutnya seorang ibu menyusu memerlukan makanan tambahan yang sama seperti yang diambil semasa kehamilan. Malah, ibu menyusu memerlukan extra biotin (salah satu komponen dalam B Complex) kerana ia disalurkan melalui susu ibu. Biotin penting untuk untuk kesihatan kulit dan rambut. ibu menyusu juga memerlukan extra vitamin B6 (untuk pembebasan tenaga dari makanan, pembentukan sel darah merah dan kesihatan saraf), vitamin B 12 (mencegah anemia dan kesihatan sistem saraf), vitamin C (kesihatan sel dan penyerapan zat besi) serta vitamin D (untuk penyerapan kalsium).

Ibu yang menyusukan bayi pramatang lebih-lebih lagi memerlukan makanan tambahan terutama DHA. Menurut kajian oleh American Medical Association, DHA di dalam otak bayi pramatang tidak terbentuk dengan mencukupi, jadi ia boleh membawa kepada masalah perkembangan mental terhadap bayi pramatang. Penambahan DHA terhadap diet ibu yang menyusukan pramatang mendapati memberi impak besar dalam perkembangan mental bayi-bayi ini.

Ramai ibu yang tidak memahami kepentingan makanan tambahan, sebaliknya menjurus kepada makanan penambah susu. Bukan tidak boleh, tapi makanan tambahan atau supplement yang tepat memberi keseluruhan zat yang diperlukan oleh ibu untuk kesihatan mental dan fizikal. Milk booster dari jenis herba, adakalanya tidak sesuai diambil semasa mengandung, dan tidak boleh diambil dalam dos yang tinggi. Misalnya di dalam halba terkandung asid nikotinik dan coumarin yang boleh memberi kesan kepada kadar degupan jantung, tekanan darah dan gula dalam darah.

Ibu yang bijak pastinya memilih yang terbaik untuk dirinya dan bayinya!
 
 
 
Ingin mencuba produk Shaklee ini? Hubungi saya untuk info dan pesanan:

# Nurulhuda [SID: 852414]
# SMS/WhatsApp: 019-748 0965
# Emel: ummimeen@gmail.com
# Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit