Saturday, December 7, 2013

Shaklee ubat magik?

"Beli mahal-mahal, tapi takde rasa beza apapun! Baik makan vitamin yang beli kat farmasi yang jauh lebih murah tu..."
"Kata bila makan Shaklee ni boleh tambah susu... tapi saya makan tak bertambah pun susu!"
"Saya makan Herblax, Lecithin, Omega, Alfalfa semua tu, tapi tak kurus-kurus juga. Tipulah!"

Pernah dengar kenyataan seperti ini?

Bukan semua orang yang dah cuba makan vitamin Shaklee berpuas hati selepas dapat merasai kebaikan vitamin yang diambilnya. Ramai juga yang menyalahkan produk apabila tidak merasai langsung keberkesanan atau kebaikannya.

Seperti yang kita semua sedia maklum, Shaklee atau apa jua produk makanan tambahan yang ada di pasaran bukanlah ubat magik yang boleh menjanjikan keberkesanannya dengan sekelip mata, andai tidak mengikuti aturan dan panduan pemakanannya. Semua pengedar Shaklee akan memberikan panduan atau jadual makan serta perkara-perkara asas yang perlu diikuti atau dipatuhi bagi memberikan hasil yang optimum kepada pelanggan-pelanggan mereka selepas pembelian produk. Tetapi kalau orang yang memakannya itu sendiri tidak mahu berdisplin mengikuti panduan yang diberikan, sudah tentu tidak akan mendapat hasil seperti yang diinginkan! Lepas tu yang tak seronoknya, dia salahkan produk pula sebab tidak memberi kesan.

Oleh itu, tak kiralah suplemen jenama apa sekalipun, kita mestilah mendapatkan konsultasi dan panduan pemakanan yang betul daripada pengedar/penjualnya, serta berdisplin mengikutinya. Jika tidak, janganlah disalahkan produk yang tidak berkesan. Seperti kata pepatah "Tidak tahu menari, lantai pula yang dikatakan tinggi rendah"!

Tetapi bagi yang berdisplin dan patuh mengikuti setiap panduan dan aturan pemakanan yang diberikan, pastinya sangat berpuas hati mengamalkan produk Shaklee ini, sehingga jatuh cinta dan menjadi pengguna setia Shaklee. Malah ada juga yang 'upgrade' menjadi pengedar, sebab melalui perkongsian yang disebarkan kepada keluarga dan rakan-rakan akan kebaikan dan keberkesanan vitamin Shaklee yang diambil, beliau telah mendapat ramai 'pelanggan' secara tidak langsung. Kerana perkongsian tersebutlah ramai orang telah berminat untuk mencuba sendiri vitamin-vitamin Shaklee. Dan dari situlah beliau dapat menjana pendapatan sampingan.

Bagi yang betul-betul dapat merasai keberkesanan vitamin-vitamin Shaklee, ianya memang ubat magik! Anda cuba dan tentukan sendiri sama ada magik ataupun tidak! ;)

Berpantang dengan set bersalin Shaklee

 
Ibu-ibu hamil kini punyai banyak pilihan untuk menggunakan set bersalin yang dijual dipasaran. Tapi apa kata anda cuba berpantang dengan supplement semulajadi daripada Shaklee ini?

Set ini boleh dimakan seawal hari pertama melahirkan. Ibu-ibu tak perlu risau akan kesan negatif kerana ianya selamat untuk ibu dan baby walaupun baby mengalami jaundis, malah ianya juga dapat membantu ibu dalam penyusuan.

Vitamin-vitamin yang terkandung di dalam set bersalin Shaklee ini ialah Vitalea, Vitamin C, B Complex dan Zinc Complex.

Apa kepentingan mengambil vitamin-vitamin ini?

1. Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)
- Sangat penting diambil oleh ibu berpantang kerana Vitalea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh, tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakkan makanan perlu dielakkan semasa berpantang. Zat besi pula sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah bagi menggantikan darah yang hilang semasa proses kelahiran. Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.

2. Vitamin C
- Sangat penting untuk penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji Vita-C Sustained Release Shaklee menyamai tujuh biji setengah buah oren. Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting bagi kecantikan kulit.

3. B Complex dengan Asid Folik
- B Complex bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan dikalangan ibu berpantang. Ia juga berupaya meningkatkan pembentukan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga. Justeru, ibu-ibu akan merasa lebih bertenaga dan kurang letih. Vitamin ini juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikan, sesuai dengan namanya B for Beauty.

4. Zinc Complex
- Sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink adalah ikan haruan. Agak sukar untuk kita memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal. Justeru, pengambilan zinc setiap hari adalah pilihan yang tepat bagi ibu berpantang. Zinc juga membantu mengatasi masalah 'kedinginan' selepas bersalin, dan pengambilan zinc oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum.

Ibu-ibu yang menyusukan juga digalakkan untuk mengambil ESP dan Ostematrix, dimana:


4. ESP
- Membentuk dan membaiki sel dalam tubuh. Ia penting untuk ibu dan anak malah komposisi uama dalam susu ibu adalah protein. ESP adalah protein lengkap yang diperlukan oleh badan manusia. Ianya protein daripada kacang soya yang tidak diubah genetiknya.
 

5. Ostematrix
- Ia adalah kalsium, magnesium dan vitamin D yang sangat penting unttk pembinaan darah, sistem saraf dan keperluan utama pembentukan tulang dan gigi, serta membantu melawaskan (membantu mengelakkan sembelit).
  Ingin mencuba produk Shaklee ini? Hubungi saya untuk info dan pesanan:

# Nurulhuda [SID: 852414]
# SMS/WhatsApp: 019-748 0965
# Emel: ummimeen@gmail.com
# Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Sunday, November 3, 2013

Nak turunkan berat badan dengan kos yang rendah?


Anda nak turunkan berat badan? Tapi tiada bajet besar untuk beli produk pelangsingan yang mahal? Apatah lagi nak join program di pusat pelangsingan? Mungkin set ini boleh membantu anda...

ALFALFA COMPLEX
- Alfalfa atau Medicago Sativa merupakan raja segala tumbuhan dan raja segala herba. Ia mempunyai sistem akar yang panjang, iaitu sedalam 20-30 kaki ke dalam tanah.
- Selain kaya dengan klorofil, ia juga merupakan makanan paling lengkap kerana mempunyai 15 mineral, 10 vitamin, 8 enzim dan juga fiber.
- Ia juga kaya dengan mikronutrien yang membantu sistem badan berjalan lancar.
- Menyingkirkan lemak dan kolestrol. Alfalfa mengandungi saponin, seperti span yang bertindak seperti serat untuk menyerap kolestrol.
- Membantu dalam masalah sembelit.
- Alfalfa adalah bersifat alkali yang boleh meneutralkan badan yang berasid.
- Menghilangkan toksin dalam badan, membersihkan hati, kolon, darah, dan mencantikkan kulit dan otot.
- Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.
- Membantu membuang angin di dalam badan.
- Mengandungi lapan enzim yang baik untuk pencernaan dan penghadaman.
- Termasuk kategori fiber dan mengenyangkan.
- Alfalfa bertindak sebagai DETOX. Detox - proses membersihkan usus di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Ini untuk memastikan dinding usus bersih supaya dapat menyerap nutrien pada tahap optimum.


LECITHIN
- Diekstrak dari kacang soya non-GMO. Setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol.
- Lecithin bertindak sebagai "pengemulsi semulajadi" kerana ia mempunyai kesan melekat pada lemak, menyebabkan lemak terapung di dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat di dinding membran.
- Menghalang obesiti - pengambilan lecithin dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
- Membantu masalah sembelit - lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ia melembabkan usus dan meleraikan toksin dalam usus.
- Menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak.
- Membantu memulihkan kesihatan hati.


ESP - SOY PROTEIN ISOLATE POWDER
- Protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua asid amino perlu.
- Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.
- ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.
- Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolestrol.
- Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
- Protein soya membantu mengurangkan kolestrol.
- Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.
- Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), dimana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Ingin mencuba produk Shaklee ini? Hubungi saya untuk info dan pesanan:

# Nurulhuda [SID: 852414]
# SMS/WhatsApp: 019-748 0965
# Emel: ummimeen@gmail.com
# Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, August 15, 2013

Tambah berat badan dengan Shaklee

Hari ini dah 8 Syawal. Masih lagi dalam mood beraya walaupun ada yang dah mula bekerja semula. Dalam waktu-waktu begini, biasanya orang akan cari set untuk menguruskan badan, atau sekurang-kurangnya set untuk mengawal berat badan, kan? Maklumlah, dah berpuasa sebulan, berat pastinya dah kurang sedikit. Tapi bila Hari Raya, mulalah makan macam-macam tanpa kawalan. Semua makanan yang ada depan mata nak di makan. Lebih-lebih lagi lepas ni banyak pula undangan rumah terbuka. Jadi, berat badan pastinya akan naik daripada sebelum berpuasa dulu :)

Tapi entri kali ni saya bukan nak cerita set untuk kuruskan badan ye. Pagi ni tiba-tiba ada customer yang mesej saya tanya pasal vitamin Shaklee untuk tambah berat badan. Katanya adik iparnya yang nak, sebab badan kurus sangat. Yelah, bukan semua orang nak kurus. Ada juga yang nak naikkan berat badan, kan? Jadinya, dah kebetulan ada yang bertanya, saya buatlah entri ini sebagai panduan kepada sesiapa yang ingin menambahkan berat badan secara sihat pula.

Secara asasnya, untuk tambah berat badan secara sihat, memadai kita mengambil 3 supplement ini, iaitu: Vita-Lea, B-Complex, dan Meal Shakes. Jom baca detailnya:


FAKTOR ANDA TAK BERJAYA NAIKKAN BERAT BADAN:

1) makanan yang diambil tidak sempat diproses menjadi nutrien yang boleh digunakan oleh tubuh secara 100% sepenuhnya disebabkan oleh kadar metabolisme yang cepat. Ini menyebabkan nutrien dibuang begitu sahaja dengan sia-sia.

2) pengambilan makanan yang sedikit (makan sedikit sahaja dah rasa kenyang). Perut tidak dapat menampung pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak disebabkan telah menjadi kebiasaan makan sedikit sahaja.

FUNGSI SETIAP SUPPLEMENT DI DALAM SET TAMBAH BERAT BADAN:

Meal Shakes : Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Supplement penting untuk menambah berat badan yang mana ia membantu menambah selera makan. Walau kita kurang makan namun pengambilan Meal Shakes ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga.

Vita-Lea : Membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid atau beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam Vita-Lea kita), tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.

B-Complex : Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Ni pula antara testimoni-testimoni yang telah berjaya menaikkan berat badan mereka:






Alhamdulillah masing-masing happy dengan berat badan yg mereka idamkan... Kita sama-sama berusaha dan ikhtiar dengan vitamin Shaklee sambil tu dapat jaga kesihatan... :)

* Testimoni ini adalah pengalaman customer, dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila consult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut. 

Ok, ini pula antara tips untuk menaikkan berat badan :

1. Workout.
Kenapa perlu workout? Jika seseorang hendak menguruskan badan, beliau kena sentiasa bersenam dan berjongging untuk mengurangkan lemak–lemak yang terdapat pada badan diorang bukan? Begitu juga dalam menaikkan berat badan. Workout penting dalam membentuk otot–otot yang terdapat pada badan kita. Bagi mereka yang terlampau kurus, ini sangat penting dalam membentuk otot mereka. Workout ni tidak semestinya dilakukan di gym semata–mata. Anda boleh juga lakukan semasa anda berada dirumah atau berjogging diluar.

Exercise sehari 10 minit paling kurang... Tak perlu exercise berat. Paling mudah, angkat botol air mineral yang 500ml tu. Isi air, lepas tu angkat macam angkat dumbell. Exercise lain - skipping atau apa-apa exercise untuk bina muscle. Jangan makan junk food dan ikut jadual yang diberikan selama sebulan. [*Jadual pemakanan untuk program penambahan berat badan akan saya bagi eksklusif untuk customer yang beli set ini dengan saya :)]

2. Makan makanan berprotein.
Setelah anda melakukan workout, anda perlu kerap makan makanan berprotein untuk recover otot–otot yang anda bina itu. Semasa dalam proses menaikkan berat badan, kerapkan makan makanan seperti daging, telur separuh masak dan ayam. Kalau hendak lagi cepat menaikkan berat badan, kami syorkan anda minum susu protein. Dengan Shaklee, protein yang sesuai untuk menambah berat badan ialah Meal Shakes. Elakan makan makanan berminyak dan berlemak kerana ia tidak membantu dalam menaikkan berat badan secara sihat.

Banyak makan makanan yang berlemak dan berminyak semata–mata mahu menambah berat badan itu adalah cara yang salah ye. Ianya bukan saja tak berkesan, malah boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain.

Jadi, jika anda hendak menaikkan berat badan anda secara sihat, anda hanya perlu berdisplin dalam jadual pemakanan supplement dan jadual pemakanan harian serta workout, dan semuanya perlulah istiqamah dan berterusan. In shaa Allah, anda akan berjaya menaikan berat badan secara sihat, badan juga akan berubah menjadi lebih menarik dan mantap.

Jika anda ada kekangan kewangan dan ingin mencuba, saya juga ada sediakan set bajet untuk anda. Atau anda juga boleh gunakan ID saya untuk pembelian di branch Shaklee yang berdekatan. 

Ingin mencuba produk Shaklee ini? Hubungi saya untuk info dan pesanan:

# Nurulhuda [ID: 852414]
# SMS/WhatsApp: 019-748 0965
# Emel: ummimeen@gmail.com
# Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday, July 13, 2013

Herbal Blend Multi-Purpose Cream - krim ajaib kesukaan saya!

Herbal Blend MPC ini adalah antara produk Shaklee yang wajib saya bawa kemana-mana saja. Saya gelarkannya krim ajaib sebab ia ada pelbagai kegunaan dalam 1 botol. Dah nama pun multi-purpose cream kan :)

Krim yang dingin dan tidak berminyak ini diperbuat daripada bahan semulajadi seperti horse chestnut, bunga yarrow, daun sage dan rosemary. Ianya 100% organik, bebas steroid dan paraben dan sangat sesuai untuk kulit sensitif.

Antara kegunaan Herbal Blend:-
- Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah
- Menyelesaikan masalah kulit gatal
- Menghilangkan parut termasuk campak dan chicken pox
- Menghilangkan ruam pada bayi
- Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
- Sebagai losyen untuk kegunaan harian..

Ni pula antara kegunaan Herbal Blend ini dalam kehidupan harian saya:
- melegakan kegatalan kulit akibat ruam, terutamanya ruam lampin Hilman dan Maryam.
- melembutkan serta melembabkan kulit kering dan merekah, terutamanya pada tumit dan kaki saya serta pada kaki Hilman dan Maryam, dan kulit kasar akibat ruam panas pada leher Yasmin.
- mengelakkan benjol dan lebam akibat terhantuk - baru je bereksperimen dalam minggu ni bila Maryam jatuh dan dahi terhantuk bucu dinding. Tak sampai 5 minit terhantuk, dahinya dah benjol dan nampak hijau tanda-tanda nak jadi lebam. Saya ikhtiar sapukan Herbal Blend, alhamdulillah menjelang petang bila beritahu suami yang Maryam jatuh, dah tak ada benjol dan lebamnya. Malah suami pula yang tanya, betul ke terhantuk kat dahi tu sebab tak ada nampak kesan benjol atau lebam langsung!
- sebagai first aid bila kena air panas ataupun minyak panas semasa memasak. Bila terkena, saya akan cepat-cepat sapu Herbal Blend untuk elakkan kulit jadi melepuh.

Sekarang ni, saya tengah uji untuk hilangkan kesan parut chicken pox pada Maryam, dan hilangkan parut kudis pada kaki dan tangan Hilman pula. Mudah-mudahan parut-parut tu semua akan hilang sebelum hari raya nanti sebab tak comellah kan kalau beraya dengan parut-parut bertaburan di kaki tangan diaorang! ^_^

Jomlah cuba sebotol untuk rasai sendiri keberkesanan dan ke'best'an Herbal Blend MPC ni...

Nurulhuda [ID: 852414]
SMS/WhatsApp: 019-748 0965
Emel: ummimeen@gmail.com
Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, June 19, 2013

Minuman multivitamin Meal Shakes Shaklee

Assalamualaikum...

Promosi Jun 2013 ~ Beli 6 Percuma 1 Meal Shakes


Meal Shake merupakan minuman multivitamin dalam bentuk serbuk yang mempunyai perasa vanilla yang sangat lazat. Bagi golongan individu yang sukar untuk menelan multivitamin yang berbentuk tablet terutamanya kanak-kanak, Meal Shakes adalah alternatif yang terbaik bagi menggantikan pil multivitamin.

Fakta tentang Meal Shakes Shaklee:
  • Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
  • Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
  • Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.

Meal Shakes Shaklee boleh diberikan kepada bayi bermula 1 tahun (jika tidak menyusu ibu) dengan dos satu sudu kecil sahaja. Bagi kanak-kanak di bawah usia 4 tahun, Meal Shakes Shaklee boleh diberi dalam kuantiti yang sedikit untuk membenarkan tubuh mereka membina ketahanannya secara independent.

Siapa yang sesuai mengambil Meal Shakes Shaklee?
  • Kanak-kanak
  • Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
  • Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
  • Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
  • Warga tua

* These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pesanan dan Pertanyaan? Hubungi:
♥ Nurulhuda (ID 852414)
♥ SMS/WhatsApp 019-748 0965
♥ ummimeen@gmail.com
 https://www.facebook.com/UmmimeenShoppe

Monday, April 15, 2013

Sekilas fakta Vita-Lea

Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin dan mineral yang pertama di cipta di dunia pada tahun 1915. Asalnya dikenali sebagai "Vitalized-Minerals" dan kemudiannya disingkatkan sebutannya kepada "Vita-Min". Begitulah asal usul perkataan vitamin yang disebut kini - berasal daripada Shaklee.
 
Bentuk asal "Vitalized-Minerals" adalah cecair, dan seiring dengan peningkatan teknologi bentuknya telah berubah kepada tablet yang kini dikenali sebagai Vita-Lea. Setiap tabletnya mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana yang disarankan oleh RDA.
 
Tablet Vita-Lea yang disaluti dengan serbuk spirulina adalah tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut di dalam air dan juga tubuh manusia. Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.
 
Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 60%. Pada tahun 2000, Vita-Lea Shaklee telah dipilih oleh Centre for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest.
 
6 manfaat utama Vita-Lea:
• Penambah tenaga segera - pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.
• Pelengkap nutrisi - kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegeterian) dan anemia.
• Metabolisma - sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
• Elemen penting pada sel tubuh - menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
• Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
 
Berminat nak mencuba Vita-Lea Shaklee dengan harga istimewa? Hubungi saya sekarang!
 
♥ Nurulhuda
♥ SMS/WhatsApp @ 019-748 0965
ummimeen@gmail.com
 
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Saturday, March 16, 2013

OsteMatrix

Tahukah anda, 1 kaplet OsteMatrix adalah bersamaan segelas susu TINGGI KALSIUM atau bersamaan 80 BIJI BADAM? Anda pasti yang anda boleh sukat kandungan kalsium yang mencukupi dalam segelas susu tinggi kalsium atau sanggup makan 80 biji badam? Itu baru 1 gelas susu, sedangkan kita disarankan untuk minum susu 2-4 gelas sehari bagi mendapatkan keperluan kalsium harian yang mencukupi. Tapi dengan adanya OsteMatrix, anda dah tak perlu susah-susah nak sukat 1 gelas air susu tinggi kalsium (berapa ml dengan lebih tepat) atau mengunyah 80 biji badam untuk dapatkan kalsium secukupnya! Mudah, kan?

Kalsium juga sering dikaitkan sebagai nutrien untuk tulang yang sihat. Akibatnya, ia hanya dikenali sebagai nutrien untuk wanita. Yang menyedihkan, ramai yang tidak mengendahkan kepentingan mineral ini memandangkan masalah kesihatan yang berkaitan biasanya berlaku pada usia agak lewat. Pernahkah anda terfikir apa yang anda amalkan sewaktu muda akan mempengaruhi kecantikan dan kesihatan anda apabila usia meningkat? Kenyataannya, pemakanan dan penjagaan diri yang baik sepanjang hidup akan membentuk personaliti yang lebih sihat di usia tua.

Secara ringkasnya, kalsium diperlukan untuk :
· mengekalkan kesihatan tulang dan gigi,
· mencegah osteoporosis (tulang reput),
· membantu pengecutan otot jantung,
· penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah,
· melegakan pedih ulu hati,
· membantu individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi.

Kalau anda adalah salah seorang daripada golongan di bawah, pengambilan 4 kaplet OsteMatrix sehari pastinya dapat memenuhi keperluan kalsium harian anda :

1. Anda yang mengandung, menyusukan anak dan yang pernah melahirkan anak.
2. Anda yang mempunyai masalah allergy pengambilan bahan2 tenusu seperti susu.
3. Anda sakit kepala yang teruk dan berhari-hari.
4. Anda yang sedang menjalani fisioterapi.
5. Anda mempunyai masalah pecah2 di telapak kaki dan rekahan di tumit kaki.
6. Anda mengalami PMS yang sangat teruk sehingga terpaksa mengambil pil penahan sakit setiap kali datang bulan.
7. Anda mempunyai masalah kesihatan yang berkaitan dengan darah.
8. Anda selalu mengalami sakit2 kaki, sakit2 sendi, sakit di bahagian tulang belakang, sejuk2 badan, rasa bisa di tapak kaki, kebas atau terasa seperti kaki dicucuk2 dengan jarum.
9. Anda mudah keletihan dan tidur yang kurang membuatkan anda mudah letih dan sukar untuk bangun tidur.

Jadi, anda lebih tahu dan lebih bijak untuk menilai apa yang terbaik untuk diri anda :)

Nurulhuda
SMS/WhatsApp @ 019-748 0965
ummimeen@gmail.com

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Saturday, February 9, 2013

Vitamin E penyembuh bengkak gusi

Sehari lepas cuti hari Maulidur Rasul yang lepas, saya kena bengkak gusi. Siksanya rasa nak makan, nak gosok gigi.. Berdenyut-denyut! Seharian juga saya menahan rasa sakit dan berdenyut-denyut di ofis. Barulah tahu rasanya bila orang kata, kalau kita kena sakit gigi, memang rasa nak bagi penampar kat orang aje! Hahahaha.. Memang sangat emosi ye... Tapi saya takdelah sampai menampar orang, cuma cepat naik angin dari selalu je bila anak-anak buat perangai.

Puas saya cuba mengingatkan petua atau tips untuk masalah bengkak gusi. Malam tu sebelum tidur sambil-sambil baring menyusukan Maryam, saya google petua untuk masalah bengkak gusi. Dan sebelum tidur tu pun saya dah telan 4 biji Ostematrix dan 1 biji Vita-E, sebab tu memang rutin harian saya sejak kena sakit belakang lepas bersalinkan Hilman dulu. Kalau saya abaikan rutin tu, siaplah 3-4 hari lepas tu sakit belakang menyerang semula. Dalam pada google petua tu, ada terjumpa post blog tentang bagaimana dia merawat bengkak gusi dia dengan makan Vita-E dan berkumur dengan Basic-H.

Jadi saya sangat yakin yang bengkak gusi saya akan surut sehari dua lagi sebab saya memang dah makan Vita-E sebelum baring tidur. Dan alhamdulillah esok pagi gusi saya dah surut sikit bengkaknya walaupun bila terlanggar berus gigi masa gosok gigi tu masih menikam-nikam sakitnya... Memang meleleh jugalah air mata bila berus gigi terlanggar gusi yang bengkak tu! Hahahaha

Dan pada hari ketiga, bengkak gusi saya surut sepenuhnya sebab tiap-tiap malam saya makan Vita-E sebelum tidur. Syukur alhamdulillah... Tak payah bazir duit pergi jumpa doktor gigi kan? Hehehehe...

Kalau ada antara kalian yang kena bengkak gusi, cubalah makan Vita-E Shaklee ni. Sebab antara kebaikan vitamin E ialah dapat mencegah dan membantu mengecutkan pertumbuhan sel abnormal. Mudah-mudahan sakit bengkak gusi kalian sembuh dengan izin Allah jua :)

Nurulhuda
019-7480965
SMS/WhatsApp
ummimeen@gmail.com

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Wednesday, January 16, 2013

Kisah saya dan Shaklee

Assalamualaikum...

Entri kali nak saya nak cerita macam mana saya boleh jatuh cinta dengan produk-produk Shaklee dan seterusnya memanjangkan langkah menjadikan Shaklee sebagai sumber pendapatan sampingan... In shaa Allah satu hari nanti, melalui Shaklee juga saya akan saya jadikan sumber pendapatan saya sepenuh masa ... Amin!

Okey, kisahnya bermula begini....

Masa mengandungkan Hilman, anak kedua saya, pada tahun 2010, saya memang selalu rasa letih yang teramat-amat sangat. Dalam kereta on the way balik rumah dari ofis yang tak seberapa minit tu pun saya boleh ambil peluang untuk tidur. Encik suami tercinta yang drive kan, so boleh la kita tidur kat sebelah. Hehehehe... Bila sampai rumah, tidur adalah perkara pertama yang wajib saya buat, dapat tidur 15-30 minit pun dah cukup. Lepas bangun solat maghrib baru saya uruskan benda lain. Itupun selalunya suamiku yang tercintalah yang uruskan hal-hal dirumah - membasuh, menyidai, uruskan Yasmin - sedangkan isterinya ni sedap-sedap melayan mata dan badan yang lesu atas katil!

Tapi sebab taknak keletihan dan kelesuan melampau ni menganggu tugas di rumah dan ofis, saya tergerak hati nak cuba Shaklee bila terbaca signature emel seorang sahabat tentang vitamin Shaklee. Selepas sekali dua bertanya tentang vitamin yang patut dicuba untuk atasi masalah keletihan saya ni, sayapun berminat untuk cuba set trial untuk berpantang (masa tu pun memang dah dekat-dekat nak bersalin!). Lepas beli, saya tak terus makan dengan konsisten setiap hari. Zinc pun simpan dulu untuk makan lepas bersalin. Alhamdulillah walaupun makan tak berapa konsisten setiap hari, saya dapat rasa perubahan pada diri saya. Letih dah kurang, dan takdelah rasa lesu sangat bila sampai dipenghujung hari.

Lepas bersalin, saya teruskan makan set berpantang, ditambah pula dengan ESP atas saranan kak N untuk bantu kekalkan tenaga dan memperkayakan khasiat susu ibu untuk si comelku Hilman, memang terasa sangat yang saya bertenaga untuk jaga Hilman yang kuat berjaga dan meragam tengah-tengah malam, siangnya pun takde asyik rasa nak tidur aje. Susupun alhamdulillah sangat meriah berbanding masa Yasmin.

Sejak dari tu, saya terus yakin dan jatuh cinta dengan Shaklee... Dah takde lagi pening-pening kepala depan rak farmasi nak pilih vitamin brand mana yang lebih bagus untuk dibeli dan dimakan. Sesungguhnya kebaikan yang diperolehi daripada vitamin semulajadi Shaklee sangat berbaloi dengan harganya!

Lepas tu saya terbuka hati pulak untuk jadi ahli. Mungkin tertarik dengan bonus Shaklee dan cara biz nya yang tak memaksa saya untuk cari downline supaya saya boleh dapat hasil yang lumayan, saya keluarkan sedikit modal untuk memulakan bisnes. Tapi sebab kurang yakin untuk kongsikan kebaikan produk, makanya semua vitamin yang dibeli kononnya untuk bisnes, saya buat makan sendiri je! ;)

Tapi lepas pergi beberapa kelas dan seminar yang kak N anjurkan, barulah ada timbul rasa yakin diri untuk mengorak langkah untuk serius menjana pendapatan melalui Shaklee. 2012 tahun permulaan, dan walaupun masih merangkak, kini saya telahpun ada 'keluarga' sendiri untuk dibimbing bersama ke puncak kejayaan. Mudah-mudahan Allah terus melapangkan rezeki saya, suami dan anak-anak melalui Shaklee, dan saya dah boleh bukan saja berjalan, malah berlari demi mencapai yang dicita-citakan - Bebas daripada masalah kewangan, mendapat kesihatan yang lebih baik, dan mendedikasikan diri sebagai isteri dan ibu sepenuh masa dirumah untuk suami dan anak-anak tercinta! Amin.... ^_^


Kalau anda berminat nak cuba vitamin atau nak join keluarga harmoni Euphoria kami, jangan malu-malu hubungi saya ye! ;) Bimbingan akan diberikan berterusan sampai kita sama-sama berjaya berada di puncak kejayaan! :)


Pengedar sah Shaklee anda;
Nurulhuda Ismail (852414)
019-748 0965 / nhuda79@yahoo.com