Tuesday, March 18, 2014

Herbal Blend Multi-Purpose Cream kini kembali!

Yeay! Ada berita gumbira ni uolls... Krim Herbal Blend Multi-Purpose Cream kini kembali tau setelah lama tiada dipasaran! Jadi siapa yang nak dapatkan krim ni, jangan segan-segan, cepat-cepat hubungi saya untuk dapatkan stok anda sebelum ianya kehabisan sekali lagi k... ;)

Krim yang dingin dan tidak berminyak ini diperbuat daripada bahan semulajadi seperti horse chestnut, bunga yarrow, daun sage dan rosemary. Ianya 100% organik, bebas steroid dan paraben dan sangat sesuai untuk kulit sensitif.

Antara kegunaan Herbal Blend:-
- Melembutkan kulit kasar dan tumit pecah
- Menyelesaikan masalah kulit gatal
- Menghilangkan parut termasuk campak dan chicken pox
- Menghilangkan ruam pada bayi
- Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
- Sebagai losyen untuk kegunaan harian.
Baca lanjut di sini mengapa krim Herbal Blend MPC ni antara produk Shaklee yang menjadi kesukaan saya.

*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin mencuba produk Shaklee? Hubungi saya untuk info dan pesanan:

♥ Nurulhuda [SID: 852414]
♥ SMS/WhatsApp: 019-748 0965
♥ Emel: ummimeen@gmail.com
♥ Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe
♥ Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, COD di Putrajaya/Cyberjaya dan sekitarnya

Berpantang dengan Shaklee


Alhamdulillah... sudah 3 kali saya berpantang dengan set berpantang Shaklee, juga dalam tiga keadaan berpantang yang berbeza. Memang ianya sangat serasi dengan saya. Pertama sekali pengalaman berpantang dengan set Shaklee semasa saya melahirkan anak kedua secara pembedahan. Walaupun sakit dibahagian pembedahan masih terasa sehingga minggu kedua selepas pembedahan, dan ada mengalami sedikit jangkitan kuman dibahagian luar tempat yang dibedah selepas bulan kedua pembedahan, saya dapat rasakan yang saya tetap bertenaga untuk menguruskan anak pertama dan bayi sepanjang tempoh berpantang. Jangkitan kuman pun cepat pulih sebab saya masih teruskan pengambilan vitamin-vitamin Shaklee walaupun selepas habis berpantang.

Pengalaman kedua pula semasa melahirkan anak ketiga secara normal. Ya.... muka tetap nampak berseri dan badan cergas seperti bukan baru lepas melahirkan. Pengalaman tidur di dalam labour room selepas bersalin kerana wad penuh dan seterusnya duduk di NICU selama 5 hari bersama baby sebab baby terkena pneumonia dan memerlukan rawatan antibiotik selama 5 hari, saya masih tetap cergas dan bertenaga, malah susu pun melimpah ruah sampai mengalami bengkak susu semasa di NICU. Nurse di NICU pun ada yang menegur, saya nampak sihat tak macam orang yang baru bersalin, dan susu pun banyak.. apa rahsianya? Hehehehe... rahsianya, tentulah Shaklee!

Pengalaman ketiga pula semasa keguguran anak keempat baru-baru ini. Walaupun berpantang tanpa baby, tetapi berpantang sendiri dengan 3 orang anak yang berumur antara 1 tahun 8 bulan hingga 8 tahun tetap mencabar dan sangat menguji kesabaran hati dan ketabahan diri. Tapi alhamdulillah, saya masih mampu menguruskan diri, rumah dan keluarga walaupun berpantang sendiri. Tapi tentulah juga dengan bantuan suami tercinta. Tanpa beliau, dah pasti saya tak mampu nak uruskan semuanya sendiri. Mana nak siapkan anak-anak pagi-pagi, hantar anak ke sekolah dan ke taska, terkejar-kejar pada waktu tengahari untuk ambil anak sulung di sekolah kemudian hantarnya ke kelas kafa pula, petang pula ambil ketiga-tiga anak daripada kelas kafa dan taska. Fuhhh... bayangkan kalau dalam masa berpantang, saya masih uruskan anak-anak macamtu! Sesungguhnya suami saya adalah tongkat untuk saya berdiri dan tulang belakang saya untuk saya berdiri tegak. Tanpa beliau, mau terlentang saya nak uruskan semuanya seorang diri. Saya akui saya bukannya superwoman atau supermak untuk uruskan semuanya sendirian walaupun saya ada supplement yang hebat sebagai makanan tambahan harian!


*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin mencuba produk Shaklee, atau inginkan keterangan lanjut berhubung keahlian atau pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah? Hubungi saya:


♥ Nurulhuda [SID: 852414]

♥ SMS/WhatsApp: 019-748 0965
♥ Emel: ummimeen@gmail.com
♥ Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe
♥ Penghantaran produk Shaklee ke seluruh Malaysia, COD di Putrajaya/Cyberjaya dan sekitarnya

Wednesday, January 15, 2014

Apa yang perlu anda tahu sebelum consume Shaklee?

1. Adakah Shaklee ini Halal?
Jawapan : Halal. Boleh rujuk sijil halalnya di
sini.

2. Mengapa urin saya bertukar jadi kekuningan selepas mengambil vitamin?
Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.


3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?
Jawapan: Ia adalah kesan pengambilan B complex, di mana vitamin ini adalah vitamin larut air. Di samping itu, alfalfa mengandungi klorofil yang menyebabkan susu berwarna sedikit kehijauan.


4. Saya mengalami pening-pening selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca daripada kurangnya pengambilan air kosong. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba-tiba datang orang menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan diri). Hakikatnya keserasian memerlukan masa.


5. Saya selesa dengan vitamin Shaklee setelah mencubanya melalui pek mini. Boleh saya beli full pack dengan best price?
Jawapan: Boleh dan ianya lebih menjimatkan.


6. Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir.
Jawapan: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh.


7. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya lalui?
Jawapan: Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.


8. Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana-mana branch Shaklee?
Jawapan: Boleh, hanya mesej saya di talian 019-748-0965 dan saya akan beri tips-tips untuk mendapatkannya pada harga istimewa.


9. Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya akan mengamuk dan asyik berjaga mahu menyusu.
Jawapan: Ibu-ibu yang mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan makanan harian yang lengkap (tidak berdiet kerana kawalan makanan akan menggangu penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat dan anak akan minum sedikit sahaja serta mudah lena. Apabila ini berlaku si ibu di sarankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena agar penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan.


10. Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung?
Jawapan: Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan oleh doktor pelbagai jenis vitamin yang berkenaan demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat semasa proses kelahiran.


11. Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?
Jawapan: Secara basic saya sarankan 4 jenis iaitu Vitalea, B complex, Vitamin C dan Alfalfa. Namun seandainya mempunyai lebihan rezeki boleh mengambil ESP iaitu soya protin kerana ini membantu anak mudah kenyang dan pembesaran anak lebih lancar.


12. Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin? Saya takut saya akan gemuk. Adakah saya mempunyai potensi untuk gemuk?
Jawapan: Pengambilan B complex dan multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.
Makanan yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa mereka yang mengambil B complex akan sentiasa rasa bertenaga. Walaubagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu makannya. Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan ketinggian seseorang. Pastikan anda mengambil 3 hidangan sehari dengan masa yang teratur dan jika terasa lapar di antara waktu tersebut, cubalah makan buah-buahan atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukkan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ingin mencuba produk Shaklee? Hubungi saya untuk info dan pesanan:

♥ Nurulhuda [SID: 852414]
♥ SMS/WhatsApp: 019-748 0965
♥ Emel: ummimeen@gmail.com
♥ Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe