Showing posts with label B Complex. Show all posts
Showing posts with label B Complex. Show all posts

Thursday, August 15, 2013

Tambah berat badan dengan Shaklee

Hari ini dah 8 Syawal. Masih lagi dalam mood beraya walaupun ada yang dah mula bekerja semula. Dalam waktu-waktu begini, biasanya orang akan cari set untuk menguruskan badan, atau sekurang-kurangnya set untuk mengawal berat badan, kan? Maklumlah, dah berpuasa sebulan, berat pastinya dah kurang sedikit. Tapi bila Hari Raya, mulalah makan macam-macam tanpa kawalan. Semua makanan yang ada depan mata nak di makan. Lebih-lebih lagi lepas ni banyak pula undangan rumah terbuka. Jadi, berat badan pastinya akan naik daripada sebelum berpuasa dulu :)

Tapi entri kali ni saya bukan nak cerita set untuk kuruskan badan ye. Pagi ni tiba-tiba ada customer yang mesej saya tanya pasal vitamin Shaklee untuk tambah berat badan. Katanya adik iparnya yang nak, sebab badan kurus sangat. Yelah, bukan semua orang nak kurus. Ada juga yang nak naikkan berat badan, kan? Jadinya, dah kebetulan ada yang bertanya, saya buatlah entri ini sebagai panduan kepada sesiapa yang ingin menambahkan berat badan secara sihat pula.

Secara asasnya, untuk tambah berat badan secara sihat, memadai kita mengambil 3 supplement ini, iaitu: Vita-Lea, B-Complex, dan Meal Shakes. Jom baca detailnya:


FAKTOR ANDA TAK BERJAYA NAIKKAN BERAT BADAN:

1) makanan yang diambil tidak sempat diproses menjadi nutrien yang boleh digunakan oleh tubuh secara 100% sepenuhnya disebabkan oleh kadar metabolisme yang cepat. Ini menyebabkan nutrien dibuang begitu sahaja dengan sia-sia.

2) pengambilan makanan yang sedikit (makan sedikit sahaja dah rasa kenyang). Perut tidak dapat menampung pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak disebabkan telah menjadi kebiasaan makan sedikit sahaja.

FUNGSI SETIAP SUPPLEMENT DI DALAM SET TAMBAH BERAT BADAN:

Meal Shakes : Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Supplement penting untuk menambah berat badan yang mana ia membantu menambah selera makan. Walau kita kurang makan namun pengambilan Meal Shakes ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga.

Vita-Lea : Membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid atau beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam Vita-Lea kita), tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.

B-Complex : Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Ni pula antara testimoni-testimoni yang telah berjaya menaikkan berat badan mereka:






Alhamdulillah masing-masing happy dengan berat badan yg mereka idamkan... Kita sama-sama berusaha dan ikhtiar dengan vitamin Shaklee sambil tu dapat jaga kesihatan... :)

* Testimoni ini adalah pengalaman customer, dan hasil dari setiap consumer mungkin berbeza. Namun ini tidak bermakna vitamin ini boleh mengubat atau menyembuhkan penyakit. Sila consult dengan pengedar anda untuk lebih lanjut. 

Ok, ini pula antara tips untuk menaikkan berat badan :

1. Workout.
Kenapa perlu workout? Jika seseorang hendak menguruskan badan, beliau kena sentiasa bersenam dan berjongging untuk mengurangkan lemak–lemak yang terdapat pada badan diorang bukan? Begitu juga dalam menaikkan berat badan. Workout penting dalam membentuk otot–otot yang terdapat pada badan kita. Bagi mereka yang terlampau kurus, ini sangat penting dalam membentuk otot mereka. Workout ni tidak semestinya dilakukan di gym semata–mata. Anda boleh juga lakukan semasa anda berada dirumah atau berjogging diluar.

Exercise sehari 10 minit paling kurang... Tak perlu exercise berat. Paling mudah, angkat botol air mineral yang 500ml tu. Isi air, lepas tu angkat macam angkat dumbell. Exercise lain - skipping atau apa-apa exercise untuk bina muscle. Jangan makan junk food dan ikut jadual yang diberikan selama sebulan. [*Jadual pemakanan untuk program penambahan berat badan akan saya bagi eksklusif untuk customer yang beli set ini dengan saya :)]

2. Makan makanan berprotein.
Setelah anda melakukan workout, anda perlu kerap makan makanan berprotein untuk recover otot–otot yang anda bina itu. Semasa dalam proses menaikkan berat badan, kerapkan makan makanan seperti daging, telur separuh masak dan ayam. Kalau hendak lagi cepat menaikkan berat badan, kami syorkan anda minum susu protein. Dengan Shaklee, protein yang sesuai untuk menambah berat badan ialah Meal Shakes. Elakan makan makanan berminyak dan berlemak kerana ia tidak membantu dalam menaikkan berat badan secara sihat.

Banyak makan makanan yang berlemak dan berminyak semata–mata mahu menambah berat badan itu adalah cara yang salah ye. Ianya bukan saja tak berkesan, malah boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lain.

Jadi, jika anda hendak menaikkan berat badan anda secara sihat, anda hanya perlu berdisplin dalam jadual pemakanan supplement dan jadual pemakanan harian serta workout, dan semuanya perlulah istiqamah dan berterusan. In shaa Allah, anda akan berjaya menaikan berat badan secara sihat, badan juga akan berubah menjadi lebih menarik dan mantap.

Jika anda ada kekangan kewangan dan ingin mencuba, saya juga ada sediakan set bajet untuk anda. Atau anda juga boleh gunakan ID saya untuk pembelian di branch Shaklee yang berdekatan. 

Ingin mencuba produk Shaklee ini? Hubungi saya untuk info dan pesanan:

# Nurulhuda [ID: 852414]
# SMS/WhatsApp: 019-748 0965
# Emel: ummimeen@gmail.com
# Fanpage FB: http://www.facebook.com/UmmimeenShoppe

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit

Thursday, October 27, 2011

Set Eu-Four Pack

Bermula 24 Oktober 2011 yang lalu, jaringan Euphoria telah mengeluarkan satu set baru, iaitu set Eu-Four Pack. Set ini dinamakan Eu-Four kerana ia mengandungi 4 vitamin yang penting untuk tubuh kita, iaitu VitaLea (multivitamin), B Complex, Vitamin C dan Ostematrix (kalsium).

Fungsi bagi setiap vitamin:

Vita-Lea Iron Formula (Multivitamin)
  1. Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian
  2. Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan
  3. Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan
  4. Penting bagi prosess pertumbuhan
  5. Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan
  6. Melengkapkan nutrient yang kurang
  7. Membantu penyerapan zat dari makanan

Vitamin C
  1. Membantu dalam meningkatkan imuniti badan
  2. Membantu dalam penyerapan zat besi
  3. Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka
  4. Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan
  5. Menjaga ketahanan badan dari selsema
  6. Menstabilkan bahan kimia dalam badan



B Complex

  1. Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga
  2. Mencegah kelesuan dan kemurungan
  3. Membantu kelancaran urat saraf
  4. Mengelakkan stress
  5. Mengelakkan sembelit

Kalsium

1. Bantuan mengekalkan tekanan darah yang normal.
2. Membantu dalam pengecutan otot dan penghantaran saraf.
3. Membantu mengurangkan gejala-gejala PMS seperti kembung, kejang, pengekalan air, keresahan dan kemurungan.


Apa yang menarik dengan Eu-Four Pack ini?
  • Ia boleh dimakan oleh suami isteri, malah ibu dan ayah kita juga!
  • Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang mengandung.
  • Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung mahupun yang disusukan.
  • Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk2 badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur.
credit sihat2u.com

Harga biasa untuk set ini ialah RM296WM.
Anda mahu mencuba vitamin Shaklee? Hubungi saya di ummimeen[at]gmail.com atau SMS ke 019-7480965 untuk pesanan dan konsultasi percuma.


Sunday, March 27, 2011

Pengambilan Vitamin Untuk Kesihatan Seisi Keluarga

Mungkin ada sesetengah dari anda yang sukar untuk menelan pil² Shaklee yang bersaiz agak besar walaupun merasakan produk Shaklee ini adalah bagus. Sesungguhnya rangkaian produk Shaklee menyediakan prasarana untuk setiap lapisan umur dan situasi.

Kalau tak boleh nak telan pil, ada alternatif lain.

Disini saya kongsikan antara cadangan pengambilan vitamin mengikut kesesuaian.

Bayi 0-2 tahun : Pemberian susu ibu adalah vital. Untuk membekalkan nutrient yang secukupnya, tidak memerlukan sebarang supplement, cukuplah si ibu yang mengambil set Breastfeeding dengan tambahan seperti Ostematrix, Omega dan Soy Protein. Insya-Allah air susu yang lebih bernutrisi untuk bayi anda.

2-4 tahun : Meal Shake, Omega.

4-12 tahun : Chewable Vita-C 100mg, Chewable Vita Lea, Meal Shake, Omega

12 tahun ke atas (pelajar) : Set A, Omega

Wanita dewasa : Set F, Set A, Set E

Ibu hamil : Set A, Soy Protein, Ostematrix, Omega

Ibu dalam pantang : Set D, Vita-E, Soy protein, Omega

Ibu menyusukan : Set B, Soy Protein, OStematrix, Omega

Lelaki dewasa : Set A, Vita-E

Mereka yang mengalami masalah menelan pil : Meal shake, Vivix, Nutriferon

Untuk imuniti : Nutriferon

Untuk antioksidan : Vivix

*senarai di atas cuma cadangan, untuk produk/vitamin yang lebih sesuai boleh consult terlebih dahulu, sila hubungi saya untuk maklumat lanjut.

Shaklee sebenarnya produk untuk seisi keluarga. Ia lebih menjimatkan berbanding produk2 lain kerana:-

1) Hanya mengandungi vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh, bukan bahan2 penggalak lain seperti steroid dan sebagainya.
2) Sesuai diambil oleh seisi keluarga dan tiada bahan2 hanya khas untuk wanita/lelaki sahaja. Shaklee sesuai untuk semua, yang di atas itu cuma cadangan saja, ye la takkan nak makan semua sekali kan.
3) Mengandungi wide-range produk pemakanan untuk seisi keluarga.

credit

Anda bagaimana? Mahu mencuba vitamin Shaklee? Kami menyediakan trial pack untuk 30 hari consume dengan harga serendah RM80 dan free delivery. Anda boleh hubungi saya di nhuda79[at]yahoo.com atau SMS ke 019-7480965.